Tuesday, February 23, 2021

Delhi Kashmir 2019 Hari ke 4 Nishat Garden

 


Delhi kashmir 2019 hari ke 4 keindahan di sonamargh

Assalamualaikum,

Lepas solat je perjalanan pun di teruskan. Dah penat menunggang kuda apa lagi lah terus le zzzzzz. hehehe  entah bila sampai kashmir balik bila bas berhenti...eh dah sampai rumah bot ke. Rupanya singgah pi kebun bunga lah pulak.  Ok jom kita cuci mata lah pulak petang-petang.




Kali ni pi Nishat garden lah pulak. Yang bestnya tu dia ngadap tasik Dal. Belakangnya pergunungan Zabarwan melatari backgroundnya.


Kebun yang terjaga dan cantik dekorationnya. 


          Mr Abdul bercerita tentang kebun ni tapi aku dah lupa......hehehehe jadi kalau nak tahu tentang Nishat Garden google je lah ya. hehehehe



Suka tenguk pokok ni dengan bunga di bawahnya. 



Bunga ros mekar...kalau dia tanam banyak-banyak dan semuanya mekar mesti lagi cantik kan. Ni setoet sana setoet sini...hehehehe padahal cuaca dia memang sesuai menanam pokok bunga. 


Kebun ni kena naik tangga dan ada terace atasnya yang mengadap tasik. Matahari petang yang mula nak tenggelam... Syiok je kan bertenggek kat tepi tu sambil lepak-lepak. Kalau boleh memang nak je lepak tapi keadaan tak sesuai. 


            Tamannya tidak banyak sangat bunga seperti di shalimar Garden dengan Tulip Garden. Tapi ok lah sesekali melihat hijau



Kak mon tak tahan sungguh nak posing gaya ala hindustan he....hehehe comel je kan. Nasib baik dia tak baring atas rumput tu...hehehe





Ada baju tradisional kahmir kalau nak cuba boleh lah sewa.  Untuk posing keliling taman boleh lah.


Kalau ambil gambar hala ke pergunungan cerah lah pulak.ala ke tasik cuaca semakin gelap tapi kalau ambil 


Kat taman banyak warga kashmir santai atas taman. Comel dan kiut je anak-anak mereka.


Posing dulu sebelum masuk barisan kat belakang tu.









Pemandangan di bawah diambil dari atas mengadap tasik. 


Maksu Ti dan kak su ada keturunan Gujerat jadi dia orang tarik salah seorang mereka yang lepak kat taman tu untuk ambil gambar bersama. Macam jumpa orang kampung je padahal kita orang cakap pun serupa itik dengan ayam je. hehehehe




hah kat atas tu lah tempat lepak-lepak yang aku cakap tadi.



selesai menjelajah sekitar Taman ok dah jom balik.

Ok sambung ya







8 comments:

  1. wow indah permai mendamaikan suasananya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhana Allah sungguh indah ciptaan Tuhan.

      Delete
  2. Comelnya yang gaun warna pink tu. Nape x test baju kashmir tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut tak muat lagi pun geng semua tak minat je nak pakai baju kashmir jadi takde lah membelek baju dia. Lagi pun tak cukup masa nak berlama-lama kat situ.

      Delete
  3. kebun bunga berlatar belakang gunung-ganang...cantiknya..

    ReplyDelete
  4. Tiga tahun lalu saya bawa semua pekerja saya dari perniagaan lori sewa saya ke Kashmir...masa tu cantik betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lagi best kan daripada pergi sekarang sebab tak banyak sekatan

      Delete