Monday, March 29, 2021

Bunga mekar di sana sini

 


Assalamualaikum

Hari Ahad semalam pagi-pagi lagi dah cari sarapan kat area Taman Melur. Sekali tenguk cuaca cantik jadi slow -slow le jalan keliling kawasan tersebut. Sekali bila tenguk taman permainan yang berhampiran wah banyaknya pokok bunga Tecoma berbunga. Terus je seberang jalan sambil menikmati keindahan bunga tersebut yang sedang mekar di sana sini. Awan pun mencorakkan langit dengan begitu indah sekali


Hamparan bunga bagaikan pemaidani indahnya. Melankolik lah pulak aku hehehe



Cantik kan corak awan di langit tu.


Deretan pokok berbunga lebat begitu cantik hamparan nya.






Nampak lah pulak rumah di taman tersebut pokok limau ko...tanah secoit pun dia boleh hidup




Suka melihat awan yang menghiasi dada langit yang membiru



Suka yang warna merah sebab dari jauh dah melambai-lambai













Cuci -cuci mata ya 

18 comments:

  1. Musim bunga..cantik suasana bila pokok Tecoma berbunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan rasanya merata-rata pokok bunga ni berkembang. Bestnya kalau sepanjang highway di tanam pokok ni. Jadi bila semua berkembang wah dah rasa macam pi korea je hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Agaknya musim panas jadi semua tecoma berkembang merata dari perlis sehingga ke johor.

      Delete
  3. meriah mekar tecoma cantik suasana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencantikkan suasana kan sis bila semua berkembang. Bila berguguran cantik hamparan bawahnya

      Delete
  4. Replies
    1. jadilah berangan kunun dah sampai Jepun. hehehe

      Delete
  5. Uit.. Cuaca cerah ye. Rumah saya hujan selebatnya. Habis luruh bunga sakura.hehe. layan bunga camni mesti teringat masa gi oversea kan.kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aitt area mana tu. Kat ampang cerah bebenor cuaca. Tu lah belum sampai jepun berangan le dulu konon santai di bawah pohon sakura. Musim ala-ala cheery blosom ni rasa kat tanah air sendiri le dulu ya.

      Delete
    2. Haha. Saya confuse hari. Hujan lebat pagi Ahad, bukan pagi Isnin. Aduh ting tong

      Delete
    3. eh yang akak up ni pun pagi ahad lah yang oiiii. Cuaca cerah bebenor

      Delete
    4. Tengok ting tong lagi. Hujan lebat pagi isnin la. Baru saya ingat pagi tu duduk depan pc sbb wfh

      Delete
  6. Memang cantik bunga² dari pokok ni. Dengar cerita pokok ni berbunga 2 tahun sekali.. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak dan berderet memang cantik. eh ya ka. Selalunya bila musim panas berdentum hah sat lagi berkembang le dia. entah bila dia berputik tenguk2 dah mekar berkembang

      Delete
  7. bunga sakura jatuh beguguran.. rasa nyaman je tgk langit membiru

    ReplyDelete
  8. tengok gambar2 ni ada vibe2 di luar negara.. cantikkk dengan awan membiru tu tambah lawa..

    ReplyDelete