Sunday, May 2, 2021

Amalan 10 terakhir Ramadan

 



Assalamualaikum,


Kita dah masuk hari ke 21 Ramadan. Tinggal 10 hari terakhir Ramadan akan meninggalkan kita dan syawal pula muncul. Adakah kita sampai ke Ramadan tahun hadapan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Mudahan Allah panjangkan usia kita supaya dapat bertemu Ramadan pada tahun hadapan.


Apa pun 10 hari terakhir ni marilah kita berdoa semuga Allah mempertemukan kita dengan Malam Lailatur Qadar. Aamiin. Malam seibu bulan. Ya Allah aku memohon semuga Kau temukan kami malam Lailatur Qadar. Aamiin. Semuga Allah mengampunkan dosa umatnya yang berpuasa. Aamiin.



Imam Makkah memberi nasihat yg sungguh praktikal:

Beliau mengatakan, utk 10 hari terakhir Ramadhan:
1. Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 thn.

2. Solat 2 rakaat setiap malam, jika ia jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 tahun.

Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dapat hasil yang lumayan dalam akaun kita.
In Shaa Allah.

Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
JOM MULAKAN SEKARANG !

12 comments:

  1. In syaa Allah
    Tingkatkan amalan kita di akhir ramadan ini

    ReplyDelete
  2. aminn ya robbal Alamein.. mugo di ketemu kann mlm lailatul qadar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Semuga Allah rezekikan kita bertemu lailatul Qadar

      Delete
  3. Mudah-mudahan amal ibadat kita mendapat keberkatan daripada-Nya. Selamat menempuh 10 terakhir Ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Semuga Allah memakbulkan doa kita semua.

      Delete
  4. Masih ada masa lagi untuk membuat kebaikan. Ramadan belum ke penghujung. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan pecutan amal ibadah di akhir ramadan ni. Mudahan di pertemukan dengan malam lailatul Qadar. Aamiin

      Delete