Thursday, July 7, 2022

Jualan setiap Khamis di Kementerian Pembangunan Luar Bandar

 


Assalamualaikum,

Hari ni merayap jap kat luar. Member ajak pi cari Uncle yang jual mask kat Anjung dulu. Sekarang dia jual kat Kementerian  Komunikasi  & Multimedia. 

Hah bila dah sampai wah....ada jualan lah kat kaki jalan. Geng kata jualan ni lagi besar. Kiranya jualan terbesar lah kalau area Putrajaya ni. Hah jom kita skodeng apa yang ada.  


Hah sepanjang jalan tu. Ni kita orang cari parking nak landing jap.





Hah jualan tersebut berhadapan dengan bangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Memang sesuai le sangat kalau produk kampung ada terdapat.


 Tu dia ko. Petai melambak dia jual. Cantik. Ni kalau nak beli persiapan untuk Raya Haji dah boleh ni. Siap ada daun ketupat dan daun ketupat Palas. Cantik pisang Nipah tu. Pakkal le duit ciput-ciput je kalau terlebih emm memang memborong le gayanya. Geram kalau tenguk hasil kampung banyak dan macam-macam jenis.    



Jom kita jalan lagi

 Sayur-sayuran segar dari ladang. Best sungguh ni. Kalau murah lagi best


     Gerai ni memang setiap hari Jumaat ada berniaga kat tempat kita orang. Aku selalu beli pisang Nipah buat goreng hari minggu. Kalau pisang dah masak tu sedap buat cekodok. Kalau ubi elok boleh buat ubi godok makan dengan sambal tumis layan dengan air kopi. perghhhh mantap. 
 



Nampak gerai ni terus je terpacak depan dia sebab ada pelanggan lain. Beli Laksa Johor semangkuk Rm12. Sedap juga cuma kurang letak daun selasih jadi kurang kick baunya. Tapi ok lah kuah dia sedap dan pekat.



Aku geram tenguk sambal cili dia semangkuk penuh. Satu hijau satu merah. Macam nasi geperek je. Tapi orang ramai beratur jadi cuma jeling je lah.



Baju bajan pun banyak juga.


Yang ni memang mengoda sungguh. Green teh cincau. Belum lagi tea cincau marbeles. 


Ada jual ketupat palas frozen juga. Aku beli 2 paket bahan nak buat steam bot. Tinggal beli sayur je. Tu pun kata pekedai tu minggu depan naik harga. huhuhu sabor je lah. Masing-masing dah standby nak naik harga. Huwaaaaaaaa  



Gerai pecal tu pun berderet. Tapi sebab setiap hari jumaat dia ada berniaga di tempat kita orang jadi jeling je. Kita tenguk yang tak ada di tempat jualan KKM.


Macam- macam ada. Makanan nasi kandar, laksa, makanan asli ke western ke semua ada.  Jualan ni kita orang tenguk yang sederet depan je. Ada lagi jalan ke belakang. Tapi lain kali lah.

Dah dapat apa yang di hajati apa lagi kita orang pun ke Kementerian Komunikasi & Multimedia cari face mask. Best corridor dia. Cantik. Ada tempat lepak. Ada jual berger dan kopi.  Syiok sesekali layan berger dengan kopi special. Aku tak ambil gambar dia sebab terlupa dek kerana terpegun melihat kecantikan bangunan tersebut.
  




8 comments:

  1. Seronoknya..kalau la kat area opis SA ni buat macam ni...memang best...tp tu la x seronoknya bila harga dah makin mahal kan...psst..pasar tani pun mahal sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Putrajaya ni banyak bangunan kerajaan yang buat jualan macam tu. Cuma kena tahu hari bila. Bagus bagi pengusaha bumiputra berniaga. Tu lah kadang ingat pasar tani lebih murah tapi huh nan ado...kadang lebih mahal dari pasaraya. huhuhu

      Delete
  2. pergi gi pasar jualan mcm ni di Kem Belia & Sukan tapi kwsn sempit...yg ni nmpk luas & lapang kwsnnya...cantik petainya, buat sambal tumis...perghh..terliuq dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petai tu mengoda kan. Cantik butir petainya. Kat sini banyak jualan nya. Macam-macam ado

      Delete
  3. wah banyak jualan bahan segar dari ladang boleh borong tu

    ReplyDelete
  4. nasib baik tak lupa tujuan asal, nak beli facemask. hahaha. nampak meriah betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuan asal memang nak beli facemask tapi nampak ada jualan hah memang melencong le jawapnya

      Delete