Wednesday, August 24, 2022

Happy birthday 2 me

 


Assalamualaikum,

Dah masuk bulan Ogos baru nak citer....aiyakkkkk busy le bebenor padahal malas nak update....aje gitu...alasan yang itu juga....habih tu lagu mana nak aku habak....hah lagu untuk nabila....eh

Sebenornya birthday aku hari Ahad, jadi hari Isninnya aku order dengan Matron Siew le nasi lemak sedap yang selalu kami order....lepas tu aku order kuih dengan rozie. Buat makan-makan sikit. Saje je nak belanja kawan. 

Tapi  hari Ahad tu geng belakang aku buat senyap je takde yang ucap selamat dan doakan aku. Kawan opis yang lain ada. huhu kita je yang ingat kawan tapi kawan tak ingat kita. Tapi aku diam-diam je le hari Ahad tu sampai lah waktu malam tunggu napa le geng belakang aku buat senyap je. huh daku dah kecik hati ni sampai lah aku dah tidur dan paginya tenguk message...eh depa tak ingat aku....huwaaaaa. Geng ulat buku memang ingat sebab ada geng aku Anim birthday awal sehari dari aku. Sama dengan kak Afza dan penulis Norisah dari Singapura.  

Sebenarnya opis aku kalau bulan Julai memang berderet birthday opis mate aku. Kali ni start dari 15hb sehingga 19hb berderet birthday. Jadi start dari 15hb aku pun wish Encik Ramlan, lepas tu Dr Shahidah, lepas tu aku. Hari Isnin pula Mek za dan seterusnya cik Tun. Mekza dulu sama dengan Pn Habsah tapi Pn Habsah dah pindah Perangkaan dan dah pencen tahun lepas. Tahun ni dapat peluang menunaikan ibadah haji bersama Pn Sue yang juga dah pindah Perangkaan. Bestnya dapat satu group yang sama buat haji. 

Jadi pagi Isnin pergi kerja macam biasa, ambil kuih dari Rozie, sekali kata rozie matron Siew pun ada order juga kek pisang eh lah hari tu kata nak order kuih talam kok order dengan rozie kek pisang. Aku pun tolong ambilkan sebab matron belum sampai opis lagi.

Jadi letak le kuih kat pantri. Tunggu geng belakang datang masuk kerja. Bila Matron sampai aku tanya lah matron jadi kan order nasi lemak...matron tergagap-gagap...hah jadi-jadi. Jadi aku minta matron tolong buatkan air le sebab air matron sedap....Matron siew kata ok tapi aku tenguk dia relaks je tak sibuk nak masak air. Tertanya-tanya juga aku.

Lepas tu yang lain satu demi satu datang opis. Tapi aku rasa macam ada komplot depa semua. Bercakap macam bisik-bisik....eh apa citer ni. 

Sambil tu aku ajak bob ex opis kami yang dah bertukar ke pdpk  dengan Dr Hafiz di MNHA. Kuih cara aku order khas untuk Bob sebab dia suka. 

Dalam pukul 9 gitu tiba-tiba....ada lagu hepey brthday to U....laaaaa depa bawak kek untuk aku. yeh....dah agak dah komplot depa. Rasa nak nangis gitu tapi aku tahan. Ya lah dah tua-tua nak nangis pulak sambut birthday....hehehehe sebenornya sejak kecik aku tak familiar dengan sambut hari jadi ni sebab kedua orang tua aku bukan orang senang dan tak pernah sambut birthday anak-anaknya. Cuma bila aku dah kerja KL dan join geng ulat buku tu lah ada kawan sambut birthday untuk aku. 

Pernah berlaku pada tahun 1995 masa aku kerja kat Segamat. Sangup hari Jumaatnya (cuti hujung minggu) aku tak balik kampung sebab nak buat majlis sambut birthday aku pada esoknya hari sabtu di rumah sewa aku. Ala buat masak-masak sikit dan buat jamuan kecil-kecilan ajak kawan-kawan kerja. Tak ramai pun. 

Tapi selang 2 hari kemudian pada hari Selasanya aku dapat panggilan talipon beritahu aruah bapak aku kemalangan dan meninggal dunia semasa nak balik kerja. Malam tu juga boss aku dan opis mate aku Appu dan Pak Rosli temankan Encik Yusop hantar aku balik muar sebab masa tu dah petang , bas dah takde. Teksi lagi le. Masa tu takde kenderaan nak balik Muar. Bayangkan le petang dah pukul 6 dapat berita. Nasib baik boss aku hantar kan kalau tak huhuhu camne aku nak tenguk wajah terakhir Aruah bapak aku...... sejak tu aku macam trauma sikit bila sambut birthday sendiri. Apa lagi lepas tragedi MH17 tu huh rasa macam tarikh tu bawa bencana padahal setiap yang berlaku adalah takdir. Tarikh tak salah semuanya adalah rencana Allah SWT diatas muka bumi ini. 

Tapi syukur sebab aku dikelilingi kawan-kawan yang baik hati. Semuga dimana jua aku berada aku di temukan dengan kawan-kawan atau orang yang baik-baik. Aamiin   



Ni kuih yang aku beli dengan Rozie. Sandwich mayo, kuih cara dan apam solo. Apam solo tu kuih baru didalamnya ada inti. Ada ang inti kacang merah, coklat dan kelapa. Aku ambil inti kacang merah. Ni pertama kali rasa apam solo ni. Ok sedap sebab dia kukus. Nampak Rozie up status kuih baru jualannya terus aku order.  


Rupanya depa komplot buat jamuan untuk aku. Nasi lemak yang aku order dengan Matron rupanya Iza nak masakkan. Sambal tumis ikan bilis sister Siti buatkan. Dengan agar-agar santan sebab aku suka makan. Yang meehoon pula Yat minta emak pengasuh anak dia masakkan. Ada ayam goreng Dr Nafisah yang bawak. Alhamdulillah atas rezeki dari kawan-kawan yang baik.   




Nampak berwarna warni apam sola. Ni inti Kcang merah. Sedap.


Kek pisang tu Matron bagi. Dan air nescafe pu PA Hanim buatkan. 


Didi yang order Kek Carrot dengan kawan dia. Sedap.


Anne beriya le nak suapkan aku kek.....alololo tayang Anne.

Oleh kerana kawan geng belakang dah buat seprize untuk aku jadi aku dah tak merajuk lagi dengan Geng Belakang. Muah muah geng belakang. I lap uoalls

Syukur aku atas limpah kurnia yang Allah berikan pada ku. Masih lagi di beri nafas dan kehidupan di dunia ini. Semuga Allah limpahkan keberkatan dan rahmatNYA buat aku di dunia ini. Aamiin   





12 comments:

  1. Sanah helwah Kak Ati....semoga dimurahkan rezeki, panjang umur & yang baik2 semuanya..aamiiin....Alhamdulillah, dah kembali bekerja...

    ReplyDelete
  2. happy birthday kakak...semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki seperti air yang mengalir supaya dapat kongsi dengan ammi ahakssss...

    kita suka tengok apam tu...macam yummy sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin doanya. Apam tu sedap sebab ada inti kacang merah. Lembut dan tak muak

      Delete
  3. Seronoknya. Untung ada kawan-kawan yang baik. Ala sedih baca pasal arwah ayah kak Notie. Alfatihah. Hepi belated birthday. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur ada kawan-kawan yang baik. Aamiin doasal

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Seronok bila diraikan macam ini..
    Happy belated birthday kak.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur atas rezeki yang Allah beri. Aamiin doanya.

      Delete
  5. ALHAMDULILLAH SANAH HELWAH NOTIE SHT SJHTRA MURAH RZKI SUKSES TIASA DLM LINDUNGAN ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin doanya. Semuga sis PI juga begitu juga.

      Delete
  6. Eh, tertinggal keretapi pula saya. Happy belated birthday Notie. Moga sentiasa sihat, bahagia dunia dan akhirat. Senyum-senyum selalu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih amie doanya. Memang amalkan senyum selalu sampaikan nampak gigi rongak.....hahahaha

      Delete