Friday, August 26, 2022

Majlis Perpisahan Yatt dan Staff yang sambung belajar

 


Assalamualaikum,

Aduhaiiii sedih sekali ni sebab geng belakang akan kehilangan seorang lagi geng yang akan berpindah balik ke kampungnya. huhuhu 

Alkisahnya lepas aku naik kerja selepas kurantine dapat khabar Yatt dapat surat pertukaran balik Kelantan. Dan kali ni pertukaran besar-besaran Pembantu Tadbir dan pengambilan Pembantu Tadbir baru.  Rupanya dia mohon tukar balik kampung sebelum pindah ke PIK. Jadi bila katanya pertukaran ini secara besar-besaran jadi bukan mudah untuk menolak. Maklumle nak pindah masuk ke Kelantan emm memang le makan tahun sebab memang berjela senarai yang menunggu. Jadi Yatt pun terima lah perpindahan tersebut tapi kami geng belakang lah yang terkesan sebab hilang seorang kawan baik. 

Jadi kali ni opis buat majlis perpisahan berserta juga 2 orang lagi staff dapat offer sambung belajar iaitu Pn Nurulhuda dengan Dr Naufal.


Selepas berucap bagai....acara pemberian cenderahati. Ni hadiah opis buat Yatt oleh TP kami.


Ni pula buat Pn Nurul huda


Oleh kerana aku kan Kak Long kawasan geng belakang jadi kita orang ada buat kutipan hadiah buat Yatt. DD yang tolong belikan dan dia yang suruh aku sampaikan. 


                                        Semasa acara sedang dijalankan. Mesti nanti rindu Yatt....huhuhu


Sebelum acara selesai sambutan bulan kelahiran staff dari bulan Jun, Julai, Ogos. Oleh kerana bulan Jun dan Julai ramai....hah tak cukup nak masukkan semua orang. Ni sessi potong kek dan bergambar ramai. 


Lepas tu apa lagi acara makan-makan. Koci tu sedap.....cepat habis


Kita orang buat potluck....jadi geng belakang order Lontong.  


Main dish TP nak Nasi Arab jadi Hanim order dengan kawan dia. Ayam dia besar-besar



Karipap sedap dan popia pun best.

Ni Iza yang buat katanya donut susu tengah viral....pertama kali rasa memang sedap. Kena request Iza buat lagi ni.



Acara makan-makan....semua serbu sebab dah lapar. Dah pukul 10 lebih



Main dish dengan NAsi Arab dan Lontong. Meja sebelahnya pencuci mulut dengan cocktail yang laris serta bubur kacang dan pengat pisang. Ada rojak buah-buahan dari geng statistik. Geng depan buat pengat pisang dan bubur kacang.


Nasi goreng bunga kantan lagi le laris....tak sempat rasa dah habis....nasib baik tukang masaknya kata nak buat lagi. Hah kena tunggu lain hari le nampaknya. hehehehe





Hadiah dari pejabat...semua pun nak menyibuk....hehehe


Jam tu geng belakang bagi dan rantai tangan tu pejabat bagi. Saje tayang......hahahaha

Apa pun semuga Yatt berjaya di tempat baru dan dapat bersama keluarga di kampung. Kami yang tinggal akan sentiasa teringat dan akanmerindui kelibatnya di pejabat. huwa.......sedih niiii



10 comments:

  1. Bertemu berpisah pula sedihnya tapi meriah mjlisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertemu dan berpisah adat kehidupan. Kena hadapi juga semuga yang datang pun baik seperti yang berpindah

      Delete
  2. Alolo. Jangan sedih-sedih ye. Lumrah bekerja gitulah Good luck untuk kawan kak Notie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah kehidupan berjumpa dan berpisah. Tapi yang hilang kadang tidak sama dengan yang datang.

      Delete
  3. seronok balik kampung...wahh, makan2 yg best, semua sedap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan nak balik memang susah sebab ramai warga kelantan nak balik kampung. Dapat ni memang tak tolak le.

      Delete
  4. Semoga Yat gembira di tempat baru dan dapat bersama keluarga di kampung. Lumayan hadiahnya tu....kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang le suka amie sebab balik kampung kerja berdekatan dengan keluarga. Tapi sedih lah pada kami yang akan kehilangan kawan baik.

      Delete