Tuesday, February 21, 2023

Resepi pelbagai cekodok

 



Assalamualaikum,

Hah hari tu aku nampak dalam fb ada banyak resepi cekodok. Jadi aku letak le kat sini. Sapa-sapa nak cuba hah boleh le buat. Selalu buat cekodok pisang dan jagung je. Kadang cekodok ikan bilis. hah ni macam-macam rupanya.

Resepi Cekodok Nasi 

1 1/2 cawan Nasi sejuk
1/2 cawan ikan bilis
5 biji Cili
1 Sudu kecil Garam
Air satu inci lebih dr nasi (pakai blander)

Blander jer semua...

Masukkan tepung gandum 1 1/2 cawan
Soda bikarbonat sikit (tak bubuh pun x pa) tapi akak bubuh skit...

Gaul jangan lembik... Rasa kasar2 ja
Boleh dah goreng... 



Cekodok Labu :

1/4 biji labu kuning (kupas kulit, rebus + 1/2 sdt garam sampai labu empuk, dan lenyek sampai halus)

2 cawan tepung gandum
5 sdm gula pasir (boleh tambah kalau suka manis)
1/2 sudu teh yis kering
Air suam

Campurkan tepung gandum + gula + yis
Tambahkan labu yg dh halus td. Kacau sebati, tambahkan sedikit air suam (adunan jgn terlalu lembik, takut serap minyak)

Biarkan adunan selama 30 minit (bagi yis kembang sat)

Goreng macam biasa. Letak kecik² je


Pernah dgr "CUCUR MILO" tak? Pertama kali ni aku dengar. Mungkin kalau buat budak-budak suka kut. Boleh lah nanti nak cuba.

 Resepi cucur milo 

Bahannya :
Tepung gandum
Milo
Gula
Air
Telur sebiji (optinial)

Caranya : sama seperti nak buat apa apa cucur @ cekodok. Gaul gaul dan goreng. Siap! 

Kredit The noona's delights




Resepi cekodok viral

2cawan tepung
2cawan air panas
3sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan :

1)masukkan 2 cawan tepung,3sudu besar gula dan separuh sudu kecil di dalam bekas.
2)masukkan 2 cawan air panas ke dalam bekas dan gaul sebati(jangan guna tangan yer nnt melecur tangan mulus tuan puan tuu).
3)Biarkan sejuk dan boleh teruskan menggentel sepuas hati.(nk buat bentuk denosor pn boleh)
4)panaskan minyak n bersedia utk digoreng.
5)nampak warna bertukar keperangan dh boleh angkat n siap utk dimakan.

Apa yang viral aku pun tak tau. Cam sama je cekodok biasa.



Beli betik sebelah 2 hari dlm peti.tak de sape nak makan. Bila dah jadi cekodok laju pula nak menguyahnye..


(Resepi agk2 je tak de sukatan)

Tepung gandum
Soda bikarbonat
Betik
Gula
Garam

Blanderkan betik+gula+garam(tambah air sikit) dan masukkan dalam bekas
Campurkan tepung gandum dan soda bikarbonat.kacau sebati dan biarkan dalam setengah jam baru di goreng.

Ps:mcm nak buat cekodok pisang @ labu juga caranya.



Jemput pisang

Resepi simple je.
Pisang (leyek pisang)Tak kisah pisang ape.janji masak ranum.
Tepung beras(watak utama)
Tapi tepung beras jangan lebih dari pisangnya.
Tak suka letak gula.manis2 pisang dah cukup bagi saya.
Bancuh jangan cair jangan keras.(Tak perlu letak air ye)
Api jangan kecik,jangan besar sangat.
Ok siap..In Shaa Allah jemput Tak serap minyak.
Yang penting bila guna tepung beras,rasa rangup2 diluar,lembut di dalam....


Cekodok buah kuinin

tepung gandum
buah kuinin(cincang)
gula
garam sikit
baking powder
air...

kuantitinye...ikut suka mcm kita buat cekodok bilis atau cekodok2 yg lain...



Cekodok Kelapa

Resepi
Tepung gandum
Kelapa inti
Air suam
Garam
Gula skit tak isi pun tak pe
*makan dgn sos pun dah sedap


 Cekodok nangka



JEMPUT @ CUCUR @ CEKODOK NANGKA
(Pisang dan cempedak pun boleh guna resepi yang sama)

Bahan bahan
***********
*Isi Nangka
(Biji dan kulit arinya dikeluarkan)
*Tepung gandum
*Tepung beras
** nisbah tepung gandum dan tepung beras 2:1*
*Soda bikabonat (untuk tekstur bolat)
*gula (jika perlu)
*minyak untuk mengoreng

Cara buat
*********
~Isi nangka dibahagi kpd 2 bahagian
1 bah di cincang @ didadukan
1 bah di blend demgan gula jika nangka kurang manis
~Satukan nangka, tepung gandum, tepung beras dan soda bikabonat. Gaul rata.
Adunan jangan terlalu cair dan terlalu keras.
~Panaskan minyak. Mulalah menggoreng

**Untuk hasil gorengan yang cantik bulat2 minyak kene banyak. Biarkan jemput tu membentuk dirinya dan bebas berenang2 memasakkan dirinya.

**Saya bentukkan dengan jari. Baru dpt hasil bulat2 tu.

kredit :zahidah ariffin 




 Jemput Ikan Bilis rangup..lembut..

Bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis
Cili hilis secukupnya
Daun sup/kucai
Bawang besar hiris secukupnya
Sedikit garam dan kiub ikan bilis
1/4 sudu kecil soda bikarbonat

Air panas 1/2 cawan
Air biasa 1 1/2 cawan..

Caranya..
Satukan bahan A dalam bekas besar
Masukkan air panas.
Air biasa..
Gaul sebati..
Biar kan 5 minit
Panas kan minyak..
Dan boleh lah menggoreng hingga kekuningan
Selamat mencuba


Hah amacam. Menyelerakan kan. Ada yang rare sebab tak pernah buat seperti cekodok labu, cekodok milo, cekodok buah nangka, cekodok buah kuinin, cekodok buah betik, cekodok kelapa ada orang jual aku yang tak pernah buat.

Napa di panggil cekodok ek. Panggil jemput-jemput pun rasanya sama je. Di jemput makan. hehehe eh belum goreng. Hah jemput tenguk lah ye. Sapa rajin hah buat jangan tak buat. 

Petang-petang hujan buat cekodok ikan bilis tu....bila dah masak panas-panas cecah sos cili....perghhhh sodap. Jom jom buat cekodok jom.

6 comments:

  1. Cekodok betik dengan cekodok nuah kuinin tu harus dicuba!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resepi macam-macam tapi akhirnya buat cekodok ikan bilis, pisang atau cekodok manis. hahahahaha

      Delete
  2. semua cekodok sedap ja kunyah2 pagi ptg

    ReplyDelete
  3. Uish!! Pelbagai jenis cekodok.. Selalu makan cekodok bilis je.. hehehe..

    ReplyDelete