Thursday, February 23, 2023

Kiosk Gloria Jean's Coffee depan lobi utama KKM E7

 


Assalamualaikum,

Bulan Januari yang lalu nampak le benda alah ni kat penjuru di tepi loby utama. wah masing-masing pun hepey ada tempat mengopi. Sapa yang suka kopi hah berduyun-duyun le beli. Apa lagi kalau staff KKM ada diskaun10 % tapi kena tunjuk pass pekerja le. 


Oleh kerana aircond dalam opis sejuk sangat jadi hari ni kita orang pun turun le ke bawah. Konon-kononnya nak cuba le kopi G;oria Jean's ni. Selain daripada kopi ada juga makanan lain.



Aku nampak croisant tu.....sekali bila tenguk harga mak aiiiiiii sekeping tu hampir RM10. Yang lain pun sama. Yang paling murah aku tenguk harga Rm7.50. alahaiiiiiii terus tak jadi beli. Mahal beb. Oleh kerana hari ni hari Jumaat ada jualan kat bawah kita orang pun tak jadi nak beli. Rm 10 tu beli nasi kerabu kat jualan hari Jumaat pun tak sampai. Baru Rm7 kenyang sampai petang.


                          

Kat tepi penjuru tangga turun ke bawah.



Pintu nak masuk Lobi Utama. 


Kat dalam pulak ada Coffeebot. Boleh lah nak layan sesekali. 


Sebelah coffeebot ni ada jual ubat. Bagus ni. Ubat yang simple-simple tak payah jumpa Doktor boleh lah beli kat vending mesin tu. 


Buat ladies yang suka mengopi ada diskaun ye.

Hah sapa-sapa yang ada urusan di KKM E7 hah boleh lah melepak sambil mengopi kat lobi utama tu. Ada skerusi boleh lepak-lepak sambil mengopi setelah urusan di bangunan E7 KKM.

Selamat mengopi ye. 

Agenda aku nak mengopi emmm terus hilang sebab harga kayangan sangat. Aku ni orang kampung....last-last buat kopi 434 layan dengan biskut cap ping pong. Lagi sodap. hehehehe





6 comments:

  1. wah makin mudah staff situ nk ngopi kuih2 pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sis tapi tu lah tak boleh selalu kopak poket. Sesekali boleh le layan kopi have have ni

      Delete