Monday, July 17, 2023

Hepey birthday to me

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan pada diri ku ini. Sejak MH 17 terjadi aku rasa macam kureng bab sanbutan birthday ni sebab rakyat Malaysia akan mengenang tragedi tersebut.

 Tapi adik-adik kat pejabat ni pagi-pagi  buat surprise pulak untuk aku. Dalam diam-diam depa pakat beli kek dan buat potluck sikit khas untuk aku. Aduhaiiiii nangis juga aku eh almaklumle aku ni gaya je macam Kak long kawasan aka sharif dol samseng kampung dusun tapi dalam hati penuh taman munge. hehehehe hati tisu beb. 

Tapi pagi tadi aku pun dah rasa sayu. Walaupun syukur Allah panjangkan usia tapi aku sedih sebab aku bakal berhijrah ke tempat kerja lain. Walaupun berhampiran tempatnya dan tak jauh tapi hati tetap sedih nak meninggalkan kawan-kawan yang dah macam adik-adik aku semuanya.  Nanti mesti miss dia orang semua. Berhijrah untuk kebaikan dan semuga rezeki melimpah ruah dan di pertemukan dengan orang yang baik-baik. Aamiin. 

6 comments:

  1. Selamat Hari Jadi, moga Allah merahmati dan memurahkan rezeki berlipat ganda

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Notie.
    Moga sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
    Saya pun ikut rasa sedih, faham perasaan untuk berpisah kerana pindah tempat kerja. Apa pun semoga Notie gembira bekerja di tempat baharu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan apa lagi akan meninggalkan kawan-kawan. Sedih woo

      Delete