Thursday, July 13, 2023

Kursus Pengukuhan pengurusan SMRP di Hospital Cyberjaya

 


Assalamualaikum,

Pada hari Rabu yang lalu opis kita orang buat kursus kat Hospital Cyberjaya. Kiranya satu malaysia berkampung kat hospital Cyberjaya. Hospital baru kan jadi memang best semuanya. Bangunan cantik serba serbi baru. Tujuan kursus tersebut ialah bagaimana nak selenggara katil mengikut kepada perubahan katil di hospital samaada nak tambah atau nak kurangkan mengikut disiplin dan kepakaran wad.  Hospital akan tentukan jumlah katil mereka bergantung kepada kehendak hospital. Kursus ini diadakan beramai-ramai supaya masing-masing tahu bagaimana nak mengubah dan meminda jumlah katil hospital. Tak payah sekejap-sekejap talipon. Terutamanya yang baru memegang jawatan di Pejabat Rekod Perubatan. Jenuh ayu nak layan semua. Ada duit peruntukan JAbatan jadi Enazman cadangkan buat kursus tersebut untuk satu Malaysia.

Pagi lagi kami dah bertungkus lumus datang awal sebab nak menyambut peserta dari 1 malaysia yang seramai 149 hospital dan JKN. Semuanya orang rekod Perubatan samada daripada JKN atau hospital. Majlis di sempurnakan oleh Dr Noriza yang mewakili Timbalan Pengarah. Selepas tu kami menjemput Pn Hasnah daripada Bhg Perkembangan untuk slot pengesahan katil. Bagi hospital yang nak tambah atau nak mengurangkan katil perlu kelulusan daripada Bhg Perkembangan sebelum mengubah dalam sistem SMRP Pesakit Dalam. 


Encik azman mewakili Pik bagi surat penghargaan.


Masing-masing semuanya bersedia dengan laptop supaya kursus yang di jalankan masing-masing tahu bagaimana nak membuatnya. 


Jenuh juga nak pastikan semua bersedia memasuki sistem apabila wifinya terhad. 


Antara yang hadir


Ni huda yang bagi ceramah 


Bersama team daripada negeri Terengganu





Apa saje yang dibincangkan oleh pihak urusetia


Menyediakan air minuman dan sedikit biskut untuk kudapan. Tapi jangan makan dalam auditorium. Dilarang keras untuk kebersihan


Dapat jumpa dengan Linda boss kat JKJ NS. Lama tak jumpa selepas konvensyen kat Langkawi tahun 2016.


Ni dah macam adik sendiri. Puteri Azura menganggap aku mentor dia sewaktu mula-mula kerja yang tidak tahu apa-apa. Aku ajar dia mengikut kemampuan dan pengetahuan yang aku ada. Lama-lama kami jadi kawan. Dah macam adik kakak pulaknya. P3 bertugas di Hospital Kulim.  


Ni kiranya dengan otai-otai Rekod Perubatan je mereka ni. Lama sungguh aku tak jumpa adik-adik ni. Seronok bila ada kursus dapat jumpa mereka-mereka yang aku kenali. Ramai orang lama dah pencen dan banyak staff baru. 


Bersama Norhayati MRO yang baik di Hospital Tengku  Ampuan Afzan Pahang.


Ni orang sabah tapi baik bah. Senyum dan peramah mereka ini. 


Bersama syuhadah dari Hospital Jerantut. Ingat lagi dulu datang Putrajaya kalut-kalut minta tolong kat aku. Bila jumpa dia kata segan nak tegur aku. Ya lah lama tak jumpa. 

Kursus berakhir pada pukul 3 petang. Ni semua yang hadir. Jenuh nak ambil gambar semua.


Pihak urusetia yang di ketuai oleh Encik Azman dan Penolong Pegawai Rekod Perubatan serta Pembantu Tadbir dalam kumpulan Data management. 


Tapi yang kami tak tahan tu nak gelak ramai-ramai bila salah seorang perasan baju urusetia pihak perempuan sama dengan langsir atas pentas. Ni cik ani tukang gayakan. Adeh

2 comments:

  1. wah ramainya peserta kursus moga urusannya dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu Malaysia sis. Aalhamdulillah berjaya kursusnya.

      Delete