Wednesday, December 18, 2024

Majlis Penutup 2024

 

Assalamualaikum,

Sebelum masing-masing bercuti hujung tahun jadi pejabat buatlah meeting penutup serta majlis hari jadi  bulan 7 sehingga 12. Selain daripada tu agenda yang paling best ialah tukar-tukar hadiah. Ada juga yang terlebih hadiah buatlah pulak happy hour hadiah. Saje suka-suka. Memang seronok apa bila masing-masing gembira.

Tuesday, December 17, 2024

Sunday, December 15, 2024

Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa banjir


 Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir


 ✅ Tutup tong sampah
 ✅ Tutup makanan dengan sempurna
 ✅ Lap dan bersihkan meja selepas makan
 ✅ Pasang jaring atau perangkap yang sesuai
 ✅ Jangan buang sisa makanan merata-rata
 ✅ Kenal pasti kawasan hurungan
 ✅ Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut. 

Friday, December 13, 2024

Gathering dgn BFF di Thaikor IOI



Assalamualaikum,

Minggu lepas oleh kerana dah lama tak lepak dengan geng opis lama hah sanggup aku ambil cuti (yang sebenornya cuti tahun banyak lagi)  hanya kerana nak lepak dan makan sambil bergosip. hehehehehe rindu geng belakang. Kita orang pi Thaikor kat IOI. 

Wednesday, December 11, 2024

Pencegahan penyakit berjangkit bagi Petugas dan Sukarelewan Bantuan Banjir




 Kepada petugas dan sukarelawan bantuan banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian.

Pastikan tiada luka yang terdedah.

✅  Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau pensanitasi tangan.

✅  Mandi dan bersihkan badan menggunakan sabun dan pakai pakaian bersih sebelum pulang.

✅  Bersihkan peralatan perlindungan diri dan cuci pakaian menggunakan air bersih dan sabun.

✅  Segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit-birit.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tip Keselamatan - Makanan Semasa Banjir


 Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan.


✅ Sentiasa minum air yang telah dimasak
✅ Elakkan makanan mentah
✅ Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa
✅ Jaga kebersihan diri dan persekitaran
✅ Sentiasa cuci tangan dengan betul.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut.

Assalamualaikum,

Kita sedang menghadapi gelombang ke 2 banjir terutamanya di pantai Timur. Jadi kena hati-hati lah. Masa ni memang macam-macam boleh berlaku. Binatang berbisa lah, barangan musnah lah, tiada tempat nak berlindung lah, semuanya musnah lah. Aduhaiii memang dugaan sungguh bila musim banjir melanda.

Area Putrajaya baru-baru ni boleh pulak banjir kilat. aduhaiiii bila tenguk video tu sayangnya kereta tersadai ditenggelami air. Dalam pulak tu. Dah lah parking memang sesuka hati je kat tepi-tepi jalan disebabkan parking lot yang terhad, ingatkan hari minggu boleh lambat bangun, tenguk-tenguk kereta dah tenggelam dalam banjir kilat. Banyak juga tu. Area presint 11 katanya. 

Buat semua yang di landa musibah semuga tabah menghadapinya. Take care semua ya. 

Sunday, December 8, 2024

Elak Tekanan Semasa Musim Banjir


 Perkongsian bersama. Semuga mereka yang di timpa musibah Allah permudahkan urusan mereka. Aamiin

Tatacara pemakaian Tanda nama

 

Assalamualaikum,

Pakai name tag pun ada tatacara ye. hehehehe aku kadang boh je name tag tu kat tudung tapi memang belah kiri le. Tapi bila tenguk tatacara ni hah yang pernah aku buat letak kat pas keselamatan supaya senang gitu. Rupanya tak betul. Jadi marilah kita balik ke pangkal jalan cara memakai tanda nama supaya menunjukkan kita warga kerajaan yang mengikut perintah. hehehehe

Peringatan Keselamatan dan Kesihatan Petugas KKM Semasa Banjir


 


Assalamualaikum

Infografik ni bukan hanya untuk petugas KKM tapi bagus juga buat semua tidak kira mangsa banjir atau pun tidak supaya sentiasa berhati-hati semasa bencana banjir melanda. 

Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2024


 

Assalamualaikum,

Nampak kat post master....eh ada ye hari anti rasuah sedunia...aku baru tahu padahal rasuah tu semua negara ado. aiyakkkkk apa pun bekerja lah seikhlas hati. Semuga ganjarannya Allah yang beri tapi zaman sekarang ni emm semuanya nak tayang kat boss kita buat.  Apa pun tepuk dada tanyalah iman. hehehehe

Semuga kita mempunya integriti menjauhi rasuah. 

Wednesday, December 4, 2024

Tahniah Hospital yang mendapat pensijilan Akreditasi MSQH

 











Assalamualaikum,

Dalam tahun ini banyak juga hospital yang mendapat pengiktirafan MSQH. Mana hospital yang sedang merancang banyak lah lawatan ke hospital yang sudah mendapat sijil seperti Hospital Putrajaya yang memperolehinya pada awal tahun 2023. Menimba ilmu bagaimana nak menangani soalan auditor dan bagaimana nak menghadapi soalan yang panjang-panjang semasa audit tersebut dijalankan. Memang stress lah apa lagi kalau mengadap auditor yang cerewet. Perghhhh masak lah ko bila kena hadap tu semua. BOleh tension tau selagi tak dapat. Tapi akhirnya bila dah dapat sijil alhamdulillah berbaloi penat lelah sebelum ini.

Jadi tahniah lah buat Hospital Rompin, Hospital Kulim, Hospital Kapit, Hospital Tampin, Hospital Pekan, Hospital Besut , Hospital Serian dan Hospital Keningau. Semuga Jabatan Rekod perubatan dapat memberi perkhidmatan yang lebih lagi buat pelanggan dalaman dan pelanggan luaran. 

Tuesday, December 3, 2024

Pengurusan ubat sebelum, semasa dan selepas banjir


 


Assalamualaikum,

Sekarang musim banjir kan bagi pesakit-pesakit yang hari-hari tidak lupa kena makan ubat seperti darah tinggi, kencing manis yang memang memerlukan ubat supaya sihat selalu amatlah penting untuk 
menguruskan ubatnya sendiri.

Ini ada infografik bagaimana kita menguruskan ubat-ubat yang amat penting untuk kesihatan diri sendiri. Semuga ianya manfaat bagi anda sekelian. Semuga Malaysia nyah daripada bencana banjir setiap tahun.


Cegah Jangkitan saluran Pernafasan semasa banjir


Assalamualaikum,

Sekarang Malaysia sedang di landa musibah banjir. Area pantai timur terutamanya Kelantan banjir teruk kali ni. Perlis, Pahang, Johor ,Terengganu , Melaka dan Kedah. Masa ni macam-macam penyakit akan timbul. Bagi yang sakit berkaitan pernafasan hah kena berjaga-jaga ya.  

Thursday, November 28, 2024

Jualan Murah Pasar Segar di Pekarangan Masjid bandar Teknologi Kajang


 Assalamualaikum,

Hah warga kajang dan yang berhampiran boleh lah terjah ya. Boleh jimatkan belanja sampai 10 hingga 60 % tu. Almaklumle sekarang barang makanan semakin naik jadi kalau ada event macam ni hah apa algi ayoh lah datang beramai-ramai.

Barangan segar dari ladang dan kapal......aiyoyo kapal laut ni. Musim tengkujuh ikan banyak ke. Apa pun jangan lupe ya hariAhad ni jom ramai-ramai meriahkan event ini.


Karnival Kualiti

 


Assalamualaikum,

Kat hospital ni macam-macam jenis kualiti ado. Kadang HPIA lah kadang Akreditasi lah em memang stress kadang dengan macam-macam kpi kena hadap. Tapi sebenornya itu adalah aras bagi memperbaiki lagi perkhidmatan kami kepada pelanggan hospital iaitu orang ramai dan pesakit. 

Wednesday, November 27, 2024

Ali baba Bujang Lapok punya penangan


 Assalamualaikum,

sapa peminat citer P Ramlee terutamanya bujang lapok. hah kalau tenguk mesti akan gelak kan walau berapa banyak ianya di tayangkan tetap suka melihatnya.

Aku ni cakap jawa sikit-sikit boleh lah tapi ada term tertentu yang aku tak pernah dengar dari aruah mak dan aruah bapak jadi tak tahu lah maksudnya. Tapi yang ni baru tahu setelah berpuluh tahun. 

jadi jom lah gelak ramai-ramai. hehehehe

Tuesday, November 26, 2024

Bazaar Sihat Sejahtera KKM



 

JOM JOM JOM


Pelbagai Jualan Menarik: Dapatkan barangan dan perkhidmatan kesihatan daripada kelab-kelab IPKKM, seperti makanan sihat, produk dan perkhidmatan.

Perkhidmatan Terapi & Kesihatan: Nikmati perkhidmatan Spa & Sauna, Akupuntur, Rawatan Bekam, Rendaman Garam, dan banyak lagi untuk kesejahteraan tubuh dan minda!

Program Terapi Seni: Sertai aktiviti Terapi Seni yang dibawakan oleh Unit Psikologi Kaunseling khas untuk Warga IPKKM.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera adalah inisiatif penting di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat tahun 2024, yang bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia amnya dan warga IPKKM khususnya!

Pendaftaran Terapi Seni masih dibuka!! Pendaftaran boleh dilakukan melalui link dibawah.Dapatkan tempat anda!



www: Mekanik minda November 2024


 

Monday, November 25, 2024

Pertandingan Jiwa Merdeka antara Kementerian 2024


 Assalamualaikum,


Wah tahniah KKM sebab dapat pengiktirafan 5 bintang dan anugerah khas dapat RM1000 bagi pertandingan Jiwa Merdeka yang diadakan antara kementerian pada 21hb November 2024 baru ni.

Tahniah warga KKM

Tuesday, November 12, 2024

WWW - Kata sohor terkini

 


Assalamualaikum,

Masa budget hari tu banyak bahasa dan ayat yang baru aku dengar tapi yang banyak ialah ketimbang. Asyik-asyik ketimbang apa le maknanya nya sebab tak pernah dengor. Lah ni hah baru DBP keluarkan maksud dia yang sebenar. Tapi ayat-ayat ni jarang kita gunakan jadi memang tak tahu lah. Ni dah tahu lah cuma nak kena pandai kenakan dengan ayat yang kita buat. 

Yang aku pernah dengan yelah wal hasil balik asal itu pasal tak hasil eh betul ke. Ada lagu aku pernah dengar ayat walhasil ni.  hah lagu jamal abdilah. Wal hasil balik asal hehehehe 

Wednesday, October 30, 2024

Lawatan staff Hospital Serdang

 


Assalamualaikum,

28hb yng lalu satu lagi rombongan pejabat Rekod Hospital Serdang datang berkunjung. Ni sudah semestinya pasal persijilan Akreditasi  MSCQ. Dalam tahun ni je dah beberapa hospital datang berkunjung. Apalagi macam hospital Serdang yang mengunakan sistem tapi vendor yang berlainan daripada Hospital Putrajaya. Apalagi kalau pertama kali terlibat memang pening le nak jawab time audit nanti. Jadi tu yang mencari pengetahuan daripada Pn Hanum yang sudah terlibat dengan Audit Akreditasi tersebut.  

Sign opsyen SSPA 2024

 


Assalamualaikum,

Orang gomen dah sign opsyen SSPA lum. hah sign jangan tak sign. Sign dapat kenaikan gaji kalau tak sign silap haribulan di bersarakan awal ya sebab dah tak relevan. emm Begitu lah nasib orang gomen. Apa pun syukur alhamdulillah. Rezeki Allah berikan.

Tuesday, October 29, 2024

Wednesday, October 23, 2024