Tuesday, January 23, 2024

External audit HPIA


Assalamualaikum,

Minggu lepas aku dah jalani Audit dalaman hpia bagi tahun 2024 bagi data jan hingga dis 2023. 
Manakala hari ni pulak audit luaran pulak yang di wakili oleh JKWP dan Hospital Rehab Cheras. Jadi pagi dalam pukul 8 pagi kami pun dengar sessi pembukaan Audit. Oleh kerana kekangan petugas selalunya 2 hari audit tapi kali ni hanya sehari je. Terdapat Kpi Bahagian klinikal yang tidak semuanya di audit tapi Bahagian HPIA semuanya di audit.

Fuh seram sejuk aku. Lepas sessi pembukaan, aku dan Pn wawa terus le balik ke pejabat. Pn Hanum tidak turut serta semasa sessi pembukaan kerana lambat sampai. Ikut jadual kami kena audit dalam pukul 8.30 pagi.   

Tunggu punya tunggu eh napa tak datang lagi bila tenguk jam dah pukul 8.30. Rupanya team audit ada perbincangan. Jadi pukul 9.30 baru mereka datang.  

 Sessi pembukaan



Akhirnya...... 2 auditor sedang menyoal aku. Alhamdulillah kali ni tak banyak sangat soalan cuma aku gelabah sangat sampaikan fail yang dah bersusun aku boleh tak nampak nama rujukannya. huhuhu nasib baik Pn Hanum tolong. Tapi Doktor-doktor ni pun soft spoken je soal aku. Apa lagi bila tenguk surat lantikan dimana aku dan Pn wawa baru saja di lantik sebagai penyelaras HPIA. 

Lepas tu bila tenguk file excel dimana ianya merupakan data dimana Denominator dan Numenator di perolehi....boleh pulak silap. Aiyoooo rupanya file tersebut telah di filter. Kena lah filter balik semula supaya jadi asal supaya dapat buat kiraan semula macamana nak dapatkan nume dan deno. Aduhaiiiii mengelabah sungguh aku. Tapi yang pasti akhirnya full conformance. yehhhhh.

Dah habis audit hah baru rasa lapar. Sebelum ni minum air je. Tu pun dah rasa nak pi bilik air je manjang.hahahahaha

Apa lagi sebab gembira audit berjaya aku belanja anak buah aku kat Team Lapuran Perubatan. Kalau depa tak buat kerja betul takde lah dapat peratusan yang tinggi Lapuran Perubatan dapat di siapkan mengikut tempuh yang telah di tetapkan.        


Order Spageti Bolognese. Ada yang order carbonara. Apa yang penting kerja jalan dan siap dengan sempurna. Sesekali kita hepeykan anak buah ye. Depa hepey kerja jalan aku juga yang sonang hati.
 

Ni bahagian ENT. 

Alhamdulillah syukur dah habis audit HPIA bagi tahun 2023. Dengar kata untuk Lapuran perubatan dah di mansuhkan tapi kpi baru yang lain pulak untuk Rekod perubatan. Yeh yeh yeh 

8 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih sis. Sedang belajar dan sedang memperbaiki skill kerja

      Delete
  2. Congraaats dah selesai auditnya kaaaak 🎉🎉🎉 jadi ingat masa2 kerja dulu, tiap audit datang, dah pasti sibuk beres2 semua dokument, periksa ulang, lalu rasa seram sejuk saat ditanya 🤣. Tapi setelahnya memang lah legaaa teramat sangat. Tinggal nunggu hasil 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fanny. Tapi bila kata lulus fuh rasa macam batu atas kepala dah di buang je dan rasa lega.

      Delete
  3. Replies
    1. Memang lega habis bila dah selesai. Itu jam segala sakit perut dan rasa macam-macam semuanya hilang. hehehehe baru rasa lapor. hehehehe

      Delete