Tuesday, January 30, 2024

Selamat jalan Sultan Pahang dan Selamat datang Sultan Johor


Selamat datang Sultan Johor. Daulat Tuanku.


Assalamualaikum,

Semalam upacara kepulangan Yang Di Pertuan Agong yang ke 16 balik ke Pahang. Rasa sayu je tenguk. Dalam banyak-banyak Agong, Agong kali ni rasa macam dekat di hati rakyat dan yang pecah rekod sebab semasa pemerintahannya menerima sampai 4 perdana Menteri. Kiranya macam-macam peristiwa berlaku sepanjang pemerintahannya. Kovid melanda lah, PKP lah lepas tu pucuk pimpinan berubah-ubah. Musibah kovid dengan rakyat tiada pendapatan, terkurung dalam rumah, kematian disebabkan kovid mencanak-canak. Emm macam-macam musibah melanda.

Bila tenguk Majalah 3 hari Isnin tu aduhaiiii sebak rasa hati, semasa acara di Istana Negara dalam diam menitis juga airmata aku melihat kesedihan Yang Di Pertuan Agong yang akan balik memerintah negaranya sendiri setelah habis tempuh selama 5 tahun sebagai Yang Di Pertuan Agong.



                                                        Pasangan yang ideal yang berjiwa rakyat.


Peristiwa keberangkatan pulang. Cantik kan baju Permaisuri Agong. Suka dengan design baju-baju yang di pakai selama ini.   


Lambaian tangan yang menyebakkan perasaan rakyat yang memandang. 



Menandatangani surat peristiharan memegang jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong ke 17. 


Semuga Malaysia aman damai serta makmur di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Kredit Harian Metro, Berita Harian

6 comments:

  1. memang sedih kan kak. Semoga YDPA baru dapat mentadbir Malaysia supaya terus aman dan makmur

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayu je tenguk lambaian mereka. Aamiin doa sal

      Delete
  2. moga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn ya robbal alamein

    ReplyDelete
  3. Nampak gayanya Agong kali ini macam tegas orang nya.

    ReplyDelete