Assalamualaikum,
Hai rindunya parcel E. Terutamanya jualan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Aduhaiiii. Dekat memang le dekat tapi nak cari parking tu sungguh azab. Azab kat parcel E azab juga kat Hospital Putrajaya. Kalau keluar dari parking Hospital nak cari parking kat Parcel E sikit punya susah. Lepas dah pi jualan lepas tu nak balik ke Hospital pulak jenuh le nak cari parking kosong. Jadi sonang cerita dok dendiam kat opis. Huhuhu
Jualan kat kaki lima pejalan kaki je. Dari hujung sini hingga hujung sanun.
Rindu nak beli buah-buahan yang kadangnya murah apa lagi kalau musim buah-buahan tempatan banyak. huhuhu. Rindu limau kecil yang aku selalu beli. Kalau dapat manis emmmm yum yum yum. Selalu time raya cina banyak. Hah ni dah nak datang raya cina ni. Dah tentu melambak-lambak. huhuhu
Jualan kuih tepung pelita....musim bulan puasa banyak terdapat. Ni tak yah tunggu bulan puasa.
Jualan asam-asam buat cerahkan mata bila mengantuk time kerja. hehehehe
Kadang terdapat sayuran kampung. Boleh lah kalau nak masak. Kadang dapat cendawan terkukur. Mahal tapi susah nak jumpa. Kalau jumpa beli buat masak lomak cili api. Sodap
Popia goreng bersalut sambal. Merah mak ko
Rajin adik ni membantu keluarganya. NI rasanya musim cuti sekolah. Kalau jualan macam ni hah sonang. Tinggal tapau je apa yang ko nak makan.
Orang berbondong-bondong datang dan ramai bila time lunch. Jadi pasar gesel gitu sebab ramai orang. Tempat sempit nak slisih jalan pun susah demi nak cari makanan sodap
Desert-desert pun macam-macam ado. Yang viral ke tak viral
TU dia ko ayam bergantungan. Ni nasi ayam sedap sebab kalau lambat je huh berderet orang ramai nak membelinya. Aku tak pernah dapat beli sebab malas nak beratur menunggu giliran.
Sushi pun kadang dapat harga murah. Seketul Rm 1 hah sekali beli 10. Terus kenyang tak yah makan lain. Kalau nak diet le. Tapi diet apa tu sampai 10 keping.
Donut viral. Masa mula-mula dulu ya Allah punya le jenuh orang berderet nak beli. Sekarang dah kurang mungkin orang dah jemu termasuk le aku.
Jualan makanan pantai timurpun banyak. Sata, keropok lekor hah apa lagi.
Jenis macam ni pun mudah. Harga rm10 kadang dapat sedap dan mengenyangkan. MAcam ni rasanya yang depan tu buah-buahan dah potong denga sambal colek pun ado sekali
Sambal macam-macam jenis pun kadang ada jual. Senang je. Beli kalau agak-agak takde lauk hah layan sambal hijau ke sambal ikan bilis petai ke, lepas tu masak nasi panas-panas. Buat telur mata perghhhh menambah-nambah tu. Aiyakkkk cam ni camno nak diet.
Apapun kalau rajin atau cuti rasanya kena pi opis lama juga ni. Bukan apa rindu kawan-kawan aku kat situ. hehehehe
Za......ko rindu akak tak.
aiseh, kat part kena spend time cari parking tu yang tak best. tapi macam-macam pilihan, rambang mata
ReplyDeleteTau tak pe. Sebab macam-macam jualan ler yang buat terindu-rindu
DeleteMeriah betul makanan
ReplyDeleteYe macam-macam ada. Western pantai timur turkiye hah apa lagi. Yang viral pun kadang ado
DeleteMeriah sungguh barang2 jualannya
ReplyDeleteYa wak sampaikan tak tahu nak beli apa
DeleteKalau saya jadi Za, mesti saya terus menangis dengar Notie tanya begitu.....
ReplyDeleteaduhaiiiiii amie buat saya nangis dalam hati
DeleteAiiishhhh tempat macam ini yg saya suka, bisa kalap mata dibuat 🤣😍😍. Beli macam2, tapi sampai rumah kadang bingung nak habiskan 🤣. Bagilah langsung k tetangga. Memang cuma lapar mata saja dibuat 😄.
ReplyDeleteTapi kalo dapat yg sedap, memang lah rasa nak beli lagi esoknya.
Betul kan sebab tu rindu suasana jualan di pejabat lama.
Delete