Semalam merupakan syawal terakhir manakala hari ni walaupun dah habis raya tetap ada Jabatan yang membuat januan raya iaitu Jabatan Farmasi. Pergilah sekejap tengahari tadi.
Dah minggu akhir raya tapi masih lagi ada jemputan raya. Hari Selasa Unit Forensik menjemput kami ke tempat dia untuk jamuan raya. Pertama kali masuk Unit Forensik. huhuhu Ternampak signage bilik mayat. Tapi apa pun terima kasih lah. Makanan sedap-sedap. Ada satay, ada laksa serawak, laksa Penang, rendang ayam yang Doktor Zulaikha buat pun sedap. Aku layan mee kari dengan nasi himpit serta kuah kacang serta rendang. Sedap.
Ok ni jamuan raya Jabatan kami yang diadakan pada hari Jumaat yang lepas. Alhamdulillah ramai juga yang datang. Tapi sebab ada Jabatan lain pun buat jamuan raya juga jadi tempat kami kurang lah yang hadir. Kata Pn Hanum tahun lepas jamuan ramai yang datang.
Kemeriahan di pantry kami
Ini lah staff Jabatan Rekod Perubatan
Team biru
Team merah
Team hitam dengan purple
Team kuning dengan hijau caca marba
Makanan yang disediakan. Air sirap bandung soda menjadi kesukaan. Mesti lah sedap sebab ori daripada muo. hehehe
Vietnam rool import dari vietnam lambat sampai sebab sangkut kat airport. hehehehe Pusing mangga Pn shu sedap. lembut dan tidak manis sangat.
Dah lama tak nampak apam polkadot ni
Lepat cendol kata cc. Kakak dia yang buat. Sedap. Lembut dan tidak manis sangat.
Kuih bom
Agar-agar jagung
Brownies
Yong Taufu. Kalau ada kangkung lagi best
Satay Pn hanum belanja
Tahu bergedil ayam dan daging. Sedap intinya.
Alhamdulillah akhirnya berjaya kami anjurkan jamuan Hari Raya Jabatan. Bagi aku ini adalah pengalaman pertama menjadi warga HPJ. Mudahan tahun hadapan sambutan raya di HPJ akan lebih meriah.
Dari sekian banyak menu, tertarik pula lihat apam polkadot 😍😍. Warnanya cantiiik lah kak, dan polkadotnya tapiiii sangat. Pintar yg membuat.
ReplyDeleteSalut lah sampai akhir Syawal pun msh ada yg buat jamuan. Susah ditemukan kalo di jakarta sini. Raya 7 udah maksimal utk mengadakan jamuan kalo di sini 😅
Kat Malaysia ni raya rasanya sebulan malahan dah habis syawal pun masih ada yang buat jamuan raya. eemmm rezeki tu semuanya
Deletehidangan raya menu sedap semua
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah beri.
Delete