Sunday, May 19, 2024

Lawatan muhibbah Institut Perubatan Respiratori

 


Assalamualaikum,

Sejak Hospital Putrajaya mendapat persijilan Akriditasi MSQH pada tahun 2024, banyak pulak kami menerima lawatan muhibbah daripada hospital lain. Tahun lepas je dah berapa hospital. Tahun ni pun rasanya dah ada 3 hospital yang membuat lawatan.

Dan baru-baru ni pada 16hb mei yang lalu kami menerima tetamu daripada Institut Perubatan Respiratori. Ketua Jabatan Rekod dia merupakan bekas staff kat HPJ. Tu yang bila hospital dia ada ura-ura nak mengambil persijilan Akreditasi MSQH tu terus memohon nak membuat lawatan di IKN dan HPJ.

Jadi pagi tu rombongan IPR ni membuat lawatan ke Institut Kanser Negara dulu sebelum dalam pukul 11 lebih baru datang ke HPJ. Banyak lah dan macam-macam soalan yang di ajukan kepada boss kami Pn Hanum.  

Bila mendengar masalah hospital-hospital yang datang berkunjung ke pejabat kami emm memang macam-macam isu yang timbul. Dari keselamatan pejabat, kekurangan staff serta dokumentasi yang tidak menepati piawaian serta stor yang tidak selamat. emm macam-macam cerita. 

Jabatan Rekod Perubatan ni selalunya pihak pengurusan tidak memandang tinggi pada kami. Padahal kami lah yang mengeluarkan statistik hospital dan menyimpan rekod -rekod Pesakit yang masuk di dalam hospital. Kalau kes kematian hah 10 tahun le simpan. Rekod yang biasa selalunya sampai 7 tahun kami dah lupuskan sebab ruang penyimpanan yang terhad. Stor dah lah kecil kadang terpaksa memohon kontena untuk menyimpan Rekod Perubatan yang banyak. Kalau hospital besar macam HKL atau HTAR Klang tu emm macam-macam masalah yang timbul. Oleh kerana budget yang ciput terpaksa lah berjimat cermat untuk perbelanjaan di pejabat malahan kadang terpaksa mengunakan duit sendiri untuk membeli Fail Rekod Perubatan. Ini yang terjadi pada kami di HPJ. 

Dalam pukul 1 lebih perbincangan pun tamat. Mereka makan tengahari dulu sebelum balik. Semuga berjaya ya IPR.  

 

No comments:

Post a Comment