Assalamualaikum,
Oleh kerana BHT banyk lagi yang belum di sorting kali ni kita orang gotong royong lagi sorting untuk tahun 2019 pula. Bulan lepas dah setel tahun 2018. Jadi jom lah pi PBBR yang terletak di Ayer 8 dimana terletaknya stor ke dua kami.
Jadi pagi tu aku belanja nasi lemak yang di order oleh cc mila. Sedap nasi lemaknya. Bila bawa masuk opis je semerbak bau harum nasi lemak dia. Memang sedap. Harga murah pulak tu RM2 je sebungkus. CC beli sambal ikan juga. Aku juga order sandwich dengan rozie.
Jadi sebelum pi gotong royong kita sarapan berat dulu. 1 bekas sandwich bawa pi PBBR juga supaya kalau dah penat boleh kudap-kudapan pula.
Pukul 9 transport pun dah sampai kat loading bay. Jom pi PBBR
Ingat tak selalu kita orang buat gotong royong angkat BHT dari Pejabat ke PBBR. Jadi fail tersebut lah yang kita nak sorting ikut disiplin O & G, Paeds dan lain-lain. Bila dah sorting tu semua baru lah diasingkan Disiplin O& G letak bilek mana, Paeds letak bilik mana dan yang lain-lain letak bilik mana. Ini adalah bagi memudahkan bila nak buat pelupusan nanti.
Hah tenguk le. Oleh kerana tiada rak kami letak je dahulu atas lantai. Itu pun dah ada komen dari auditor tapi nak buat macamana memang kami kekerangan rak untuk meletak BHT yang banyak ni.
Ni susun no yang sama. Sebab ada 12 bulan kita orang kumpul no yang sama dulu.
Ada yang menyusun Lapuran Perubatan. Hah yang ni dah siap
Hah untuk no 02 dah dapat 3 jenis disiplin.
Buat sambil bergosip ala bukannya makcuik bawang sangat tapi sekarang kan tengah hot pasal Doktor di India yang kena rogol beramai-ramnai sehingga mati. Dasyat sungguhkan. Bila baca kronologi kat FB Hamka Kereta mayat Ya Allah kesian sungguh doktor tersebut. Dah le penat buat oncall 36 jam. Nak rehat kat bilik tiba-tiba kawan-kawan sekerja dan yang geram tu ada doktor perempun bersekongkol sama menjahanamkan kawan dia. Hanya kerana mereka takut aktiviti haram mereka terbongkar hingga sanggup buat kawannya macam tu. Semuga ada keadilan buat Doktor tersebut. Kata cc Shu Doktor tu cantik dan baik. Sian sungguh warga kesihatan Hospital India kerana kehilangan doktor yang bagus.
Pukul 1 kita orang rehat dan sambung sikit pukul 2 dan balik pada pukul 3 ke pejabat. Alhamdulillah walaupun tak habis sorting semua, dapatlah siapkan sampai no 40.
Kononnya tengahari dah kenyang makan nasi lemak paginya tapi bila sampai pejabat lapor lah pulak. Nak tunggu balik buat lah air kopi cecah dengan biskut tawar. Makan ramai-ramai. hehehehe sedap sesekali layan kopi dengan biskut tawar cap ping pong tu.
BANYAKNYA FILE NAK CEK N SUSUN PENAT KERJANYA TU
ReplyDeleteKena buat sedikit demi sedikit supaya memudahkan untukpelupusan nanti. Kitaorang buat sebulan sekali gotong royong ni jadi takde lah membebankan sangat. Lagi pun buat ramai-ramai.
DeleteTak pening ke kerja macam ni
ReplyDeletePening juga sebab banyak no tapi dah selalu buat ok lah.
Deletebanyak tu, mmg kena gotong-royong...Alhamdulillah, notie belanja nasi lemak & sandwich...
ReplyDeleteKena gotong royong tak boleh nak buat seorang diri banyak sih.
DeleteHaisssh melihat tumpukan dokument itu, terbayang reportnya nak susun Sebelu dibawa 🤣. Memang harus gotong royong lah ini.
ReplyDeleteSaya tak mengikuti sangat kisah dokter itu hanya tahu sekilas. Tak tega bayangkannya, apalagi perasaan orangtua. Baru tahu pula ada dokter lain yg sekongkol juga membunuh dia 😭
Kalau tenguk banyak memang aduhaiiii terus penat tapi bila buat beramai-ramai seronok sambil mengusik sambil bekerja.
DeleteKes doktor tu balas dendam sebab doktor yang baik tu repot kat bahagian atasan perbuatan jahat mereka. Itu doktor yang tidak ada etika perkhidmatan hanya nak cari duit je sampai sanggup buat jahat.