Monday, January 27, 2025

Istilah Sains Forensik


 Assalamualaikum,

Bila dah dalam line medik ni kena ambil tahu juga walaupun kadang confius eh apa makna ni. Banyak istilah medical yang diubahsuai mengikut makna dalam bahasa Inggeris. Tu yang kadang macam sama je. Dan kadang mudah faham istilah bahasa Inggeris daripada dalam bahasa melayu. Kadang jauh maknanya. Apapun kadang hah kena bukak kitab medical. hehehehe. Kitab kita orang bila buat koding diseases hah tebal ko. 3 buku. Lah ni dah ICD 11 tenguk pc je. Google online je. Nampak mudah tapi kena lah ikut rules dia bila buat koding.  

Tapi kalau nak best hah layan lah korea drama Doktor-doktor atau cerita yang berkaitan dengan Doktor atau di Hospital dan sebagainya. Best tau. Sebab bila buat pembedahan oh macam ni oh macam tu. Memang nampak real dia buat. Banyak ilmu medik kita boleh pelajari. Kalau yang buat postmortem pun best. Ngeri oooooo bila bedah tulang bedah otak. huhuhu. Ngeri . Banyak kan tajuk kdrama medik ni. Aku pun kadang tak terkejar cerita Kdrama yang begitu banyak sekarang. Layan cdrama kat phone pun tak terhabis. Apa lagi kalau ada netflix emmm memang tak tidur le nampak gayanya. hehehehe 

Peristiwa Israk Mikraj


 KALAM UHEI : PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
 
Ibrah peristiwa :-
1. Peristiwa perjalan Israk dan Mikraj oleh Nabi Muhammad SAW penuh dengan pengajaran yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.

2. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah SWT telah menganugerahkan satu kewajipan yang menghubungkan manusia dengan Allah SWT iaitu kewajipan mendirikan solat.

3.Marilah kita bersama-sama menghayati dan menjadikan peristiwa ini untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.



Jom kita sama-sama hayati Peristiwa Israk Mikraj.

Cerita tahun lepas. 
Dah mohon cuti untuk balik kampung sebab nak cuti raya cina. Ingatkan Israk Mikraj pun cuti juga jadi relaks le siap-siap nak balik kampung. Sekali ada call masuk. Masa tu dah nak start perjalanan balik pun. Nampak nama cc Su yang naik emmm apa hal ni. Jadi jawap le call dia. Sekali cc tanya  "Puan hari ni tak datang kerja ke. Ke ambil mc sakit ke". eh hari ni kerja ke cc. Jawap cc kerja puan. Laaaaaa eh kena kerja ke. Aduhaiiiiiiiiii. Oleh kerana mati-mati ingat cuti sampaikan tak pi kerja pun. Jadi terus lah ambil el cuti. Dah tu dah pukul 8 pagi takkan le aku nak datang Putrajaya pi kerja lah pulak. Padahal dah tak rasa nak kerja pun sebab nak balik kampung kan. Mood kerja tu dah ke laut dalam dah. Jadi bila teringat peristiwa bersemangat nak balik kampung sampai ingat hari yang tak cuti tapi ingat cuti hah terus berjaga-jaga bila belek kelendar nak mohon cuti. Nasib baik cuti rehat aku banyak hah pulun le terus el cuti. Aduhaiiiiii. Bila tanya member opis lama semua gelakkan aku sebab ambil cuti padahal orang lain semua kerja. hehehehehe Malu aku sebab belum setahun kat hospital Putrajaya suka-suka hati dia je jadikan cuti umum. Nasib baik Boss aku baik. Tapi memang kena gelak ler.   

Tuesday, January 21, 2025

Khasiat buah-buahan

 


Assalamualaikum,

Hahhh mata aku ni kalau nampak buah-buahan perghhhh dug dag dug dag mata melilau. hehehehe
Sejenis yang suka buah-buahan samada tempatan atau luar negeri. Sebab tu bila pindah kat Hospital ni rindu jualan gerai buah-buahan kat parcel E. Apa lagi kalau musim buah-buahan tempatan sedang banyak waduh rasanya mahu memborong semua.

Friday, January 17, 2025

Ke Segamat sehari sambil mengamit memori

 


Sampai rumah Kak sal pokok pisang ni yang jadi habuan mata aku. Nak kecek sesisir kata Kak sal belum masak lagi jadi pi le kecek kat kedai. hehehehe
 
Assalamualaikum,

Dah masuk tahun 2025 tapi nak menulis emmm kemalasan melanda. Sakit hati juga tenguk kosong je bulan 1 jadi cubalah bercerita.Tabik spring-spring siapa yang rajin update blog. Aku ni ikut mood padahal banyak je benda nak cerita. Kadang macam-macam idea muncul tapi selalunya hauk nan ado idea. hehehehehe

Tuesday, January 14, 2025