Assalamualaikum,
Hahhh mata aku ni kalau nampak buah-buahan perghhhh dug dag dug dag mata melilau. hehehehe
Sejenis yang suka buah-buahan samada tempatan atau luar negeri. Sebab tu bila pindah kat Hospital ni rindu jualan gerai buah-buahan kat parcel E. Apa lagi kalau musim buah-buahan tempatan sedang banyak waduh rasanya mahu memborong semua.
Bila baca infografik ni wah rupanya banyak khasiat dia ye. Buah kiwi ni import tapi sesekali ada kat event tertentu hah makan le juga. Tapi nak membeli mahal weiiii. Kalau dapat pi kebun buahan dia wah syiok sungguh. Kalau tak salah pokok dia menjalar macam pokok anggur.
Buah tembikai ni kalau dapat yang manis pergggg penak tau. Masa pi turki dulu kat hotel dia ada sediakan buah tembikai. Manis sungguh. Selain dari tembikai, honeydew dia pun manis dan lembut. Kat malaysia ni susah dapat honeydew yang manis dan lembut. Kadang dia macam masak layu dan hilang manisnya. BIla dapat tembikai yang manis emmm memang melantak buah je lah aku daripada makan benda lain. HOtel pun asyik top up je buah-buahan dia. Lepas tu bila keluar dari kawasan tersebut nampak lah dusun tembikai banyak di sepanjang jalan. Agaknya tanah dia yang sesuai untuk buah tembikai agaknya.
Orang kata sebiji epal boleh jauhkan diri dari Doktor tapi aku sebab tak makan sebiji epal hah hari-hari jumpa Doktor.....padahal memang kerja sepital. hehehehe tapi dapat jus epal sedap beb. Apa lagi kalau epal hijau. Blend dan campur dengan asam kecut lepas tu bubuh air batu. Sedapnya kalau time panas tu. Seger amat rasanya. hehehehe ober now aku ni.
Buah nenas ni kalau dapat nenas madu aduhaiiiii manis ko. Bubuh kicap dan gula. Gaul emmm bertambah-tambah makan. Kat air hitam muo memang femes dengan buah nenas sebab tanah gambut memang sesuai tanam nenas. Dulu masa kecil aku ingat ada penjual buah bawa buah nenas penuh atas basikal dia. Dari Air hitam ke bando muo. Yang aku ingat nenas kecil tapi tak ingat lah nama nenas jenis apa. Buah dia kecil je. Kadang kalau dapat kopek kulit nya terus gongis je buahnya tak payah potong kecil-kecil sebab buahnya kecil comel. Kalau nak beli nenas murah hah boleh lah pi Air Hitam kluang atau pontian. Kat sana banyak. Kalau singgah Simpang Rengam hah banyak jual. Murah lah harga di bandingkan kat KL ni.
Hah sekarang musim nak raya cina kan. Apa lagi banyak lah orang jual buah limau. Malahan staff cina bagi kat kita orang sekotak buah limau. Kadang tak paham le kenapa limau masa raya cina lebih manis daripada limau yang bukan musim raya cina. Sebab aku suka beli limau ni terutamanya yang kecil-kecil. Kalau limau sunkist sedap buat jus. Kalau limau kecil ni kopek je terus masuk mulut. Tapi kadang nasib nasib lah kalau dapat manis Ya Allah sedapnya. Tapi tiba-tiba dapat masam terus tercekik tekak. hehehehe Bagus makan limau ni sebab vitaman c banyak. Ada orang tak suka.....aiyokkkk manyak lugi lah
Ni buah import tapi kalau dapat makan boleh lah layan. Kalau buat amalan agaknya boleh awet muda kut. Tu dia kata anti penuaan.
Buah laici ni kalau musim dia beli sekilo pun tak cukup. Masa pi Guangzhou dulu time musim buah dia banyak lah penjaja jalanan depan hotel kami menjual buah laici. Malahan ada sekali tu nampak van penuh buah laici dalam kotak. Dia hantar kat hotel. Lepas tu masa naik kereta cabel kat WOW pokok buah laicinya dah togel di petik. Kalau ada boleh le kita petik masa lalu sebab dekat je dengan laluan kereta cabel tu. Kita orang beli lah buah fresh dari ladang tapi ada yang kena scam bila bayar duit besor dia bagi duit baki yang tidak boleh guna Hampeh sungguh cina ni Scammer kuat sungguh.
Buah rambutan pun sedap kan. Kat kampung tu dah berapa tahun tak rasa rambutan asyik kena keroyok cik Nyet je satu famili. Haiii entah bila lah nak rasa rambutan kat kampung tu. Apapun kita sokong buah-buahan tempatan.
Kredit Infografik Safira Beuty dari FB
No comments:
Post a Comment