Monday, January 27, 2025

Peristiwa Israk Mikraj


 KALAM UHEI : PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
 
Ibrah peristiwa :-
1. Peristiwa perjalan Israk dan Mikraj oleh Nabi Muhammad SAW penuh dengan pengajaran yang membuktikan kekuasaan Allah SWT.

2. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah SWT telah menganugerahkan satu kewajipan yang menghubungkan manusia dengan Allah SWT iaitu kewajipan mendirikan solat.

3.Marilah kita bersama-sama menghayati dan menjadikan peristiwa ini untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.



Jom kita sama-sama hayati Peristiwa Israk Mikraj.

Cerita tahun lepas. 
Dah mohon cuti untuk balik kampung sebab nak cuti raya cina. Ingatkan Israk Mikraj pun cuti juga jadi relaks le siap-siap nak balik kampung. Sekali ada call masuk. Masa tu dah nak start perjalanan balik pun. Nampak nama cc Su yang naik emmm apa hal ni. Jadi jawap le call dia. Sekali cc tanya  "Puan hari ni tak datang kerja ke. Ke ambil mc sakit ke". eh hari ni kerja ke cc. Jawap cc kerja puan. Laaaaaa eh kena kerja ke. Aduhaiiiiiiiiii. Oleh kerana mati-mati ingat cuti sampaikan tak pi kerja pun. Jadi terus lah ambil el cuti. Dah tu dah pukul 8 pagi takkan le aku nak datang Putrajaya pi kerja lah pulak. Padahal dah tak rasa nak kerja pun sebab nak balik kampung kan. Mood kerja tu dah ke laut dalam dah. Jadi bila teringat peristiwa bersemangat nak balik kampung sampai ingat hari yang tak cuti tapi ingat cuti hah terus berjaga-jaga bila belek kelendar nak mohon cuti. Nasib baik cuti rehat aku banyak hah pulun le terus el cuti. Aduhaiiiiii. Bila tanya member opis lama semua gelakkan aku sebab ambil cuti padahal orang lain semua kerja. hehehehehe Malu aku sebab belum setahun kat hospital Putrajaya suka-suka hati dia je jadikan cuti umum. Nasib baik Boss aku baik. Tapi memang kena gelak ler.   

4 comments:

  1. Saalam Israk Mikraj.. alhamdulillah bacaan yang bagus terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Israk Mikraj. Semuga ada pengajaran buat diri sendiri

      Delete
  2. Memang mood dan pikiran dah mengingat cuti ya kak, sampai lupa kalo belum waktunya 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah seronok nak cuti semua lupa. hahahaha

      Delete