Friday, June 20, 2025

Lawatan rasmi Isteri Presiden Poland ke HPJ



 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐞𝐩𝐮𝐛𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐨𝐥𝐚𝐧𝐝 𝐤𝐞 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚

11 Jun 2025 — Hospital Putrajaya berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada Puan Agata Kornhauser-Duda, isteri kepada Presiden Republik Poland, sempena lawatan rasmi ke Malaysia.
Delegasi lawatan yang diiringi bersama YBhg. Datin Seri Azlin Hezri, isteri kepada YB Menteri Kesihatan, disambut oleh YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBrs. Dr. Nor'Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri JKWPKL&P, YBrs. Dr. Suraya Binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya serta barisan Pengurusan Eksekutif Hospital Putrajaya. Puan Agata telah dibawa melawat ke Institut Endokrin dan wad kanak-kanak, serta diberi taklimat berkenaan perkhidmatan kesihatan terutamanya dalam penjagaan endokrin pediatrik.
Puan Agata turut meluangkan masa bersama pesakit-pesakit pediatrik di wad 8A dan di Unit Fisioterapi Institut Endokrin Hospital Putrajaya.
Lawatan ini mencerminkan hubungan erat Malaysia–Poland sejak 1971, berasaskan hormat dan kerjasama yang berpanjangan.















Kredit FB HPJ

Minggu lepas isteri Republik Poland datang melawat ke hospital Putrajaya. Jem juga lah area HPJ sebab menyambut kedatangan orang jauh. Satu rombongan dari JKWP dan juga bahagian pengurusan menyambut dan meraikannya. Sempat lah jenguk wad kanak-kanak dan unit fisioterapi.

Bila bergambar kalah lelaki Malaysia separti Dr Khairul yang tinggi dengan isteri Presiden Poland tu. Tinggi sungguh kan. Suami dia mesti lagi tinggi daripada dia. Apa pun seronok warga HPJ menyambut ketibaan dia. Orang jauh dan isteri Presiden tu. Kita orang pun bangga sebab banyak-banyak hospital HPJ juga dia nak datang. Sungguh berbesar hati warga HPJ menyambut kedatangannya.

2 comments: