Thursday, June 19, 2025

Sebutkan judul lagu tapi harus di singkat

 

 Assalamualaikum,

Lama tak menulis dengan mood tengah takde idea tiber nampak kat fb jadi kita saje suka-suka ye bagi istilah yang bukan-bukan. Ala buat saje-saje je kadang kelakor bila baca komen orang


Separuh nafas ku = asma

Suci dalam debu = tayamun

Di sana menanti di sini menunggu = gaji dan hutang ๐Ÿ˜€ 

Janji manis mu = manifesto pilihanraya

Tipah tertipu = janji-janji sebelum pilihanraya

Mencari sinar = raja formula

Senja nan merah = iran bantai israel

Tak mungkin berpaling = salah bantal

3 malam tanpa bintang = hujan

Hai hai  bye bye = nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan

Gosok = rewang

Kita terpaksa bermusuhan = blue tick

Lauk ku cukup masin = kena darah tinggi

Sayap terluka = plaster dah habis

Dalam diam aku mencintaimu = bisu

Sejarah mungkin berulang = nest PRU

Hajat = buang air besar

Khayalan = isap gam

Pusara lebuh raya = jalan karak

Kau kunci cintaku = kena kurung (padan muka)

Rindu bayangan = angau

Benci tapi rindu = konpius

Datang dan pergi = gaji

Kau merubah segalanya = makanan

Hidup dalam mati = zombie

Anugerah terindah = anak syurga

Bagai kacang lupakan kulit = peanut butter

Andai dapat ku undur putaran dunia = doraemon

Gemuruh = panic anziety

rozana =  hantu sundel bolong

Dulu lain sekarang lain = filter

Toxic = kau

Mentari merah di ufuk timur = fajar

Suratan atau kebetulan = takdir

Di alam fana cinta = mabuk ketum

Semalam yang hangat = kipas blackout

Hanya satu persingahan = R n R

Umpama mimpi dalam mimpi = mimpi masuk tandas jangan percaya

Mutiara = pasar filipine

Mahligai syahdu = katil

Joget kasih tak sudah = overdose

Jika ko rasa getarnya = parkinson

Kisah cinta 2 dunia = alam bunian

Bila larut malam = jom lah tidur

Ratu ku = lebah

Tiara = kereta tak laku

Episod cinta = drama

Kuda ku lari gagah berani = toto

Meraung = kaki tersepak meja

Lena di ulit mimpi = membuta je keja ko

Mimpi yang tak sudah = masih tak boleh move on

Karam = titanic

Lemak manis = kicap

Menjaga jodoh orang lain = zizan

Semalam yang hangat = takde karan

Lemak manis ala amboi2 santan kelapa ala amboi2 = abang santan

Sekadar di pingiran =  staff my step tak renew kontrak

Bukan cinta biasa = aku dan chatGPT

Anggapanmu = rasa tersindir dengan status fb orang๐Ÿ˜„

Cinta di akhir garisan = plot twist darama melayu episod akhir

Cahaya aidil fitri = lampu kelip2 jiran tak padam2 dari tahun lepas๐Ÿ˜€

Yang kalut di fikiran = lambat lagi gaji

Cintaku 100 percent = pembohong๐Ÿ˜€

Mengintai dari tirai kamar = pntianak

Memori daun pisang = burasak

Madah berhelah = ayat pusing2

Puncak kasih = cinta level maksimum

Putus terpaksa = terpaksa redho

Anggapnmu = perasan

Kredit FB


Tergelak sorang-sorang aku baca depa punya komen. aduhaiiii jadi aku nak ajak korang semua gelak-gelak ye. Kalau ada nak tambah hah tambah lagi. aduhaiiiii senak perut baca

 




8 comments:

  1. Ye ebtul kak...SA baca pun memang ketawa....kreatif diorang ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. gelak sorang akak baca. Tu pun banyak lagi tak dan nak tulis

      Delete
  2. hehheehehhe terhibur petang hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen netizen kadang mengelikan hati. Ada je jawab nya.

      Delete
  3. Hahahaaa ...memang gelak sengsorang.

    ReplyDelete