Assalamualaikum,
Aku tenguk kat blog wak petani tengah merarau. Apa pulak maknanya ni tak pernah jumpa. Sekali bila tenguk gambar atas tu ooooo makan tengahari rupanya. Awat aku tak pernah dengor. Kalau kudapan dah banyak di gunakan sekarang. Cicipan pun tapi merarau ni nampak janggal sungguh ayatnya.
Merarau tu macam mengagau je pada aku. hahahaha. Jauh no maknanya.
Lepas tu supper tu hah gabi. Apa kebendanya tu. Mana datangnya ayat gabi pulak tu. Tak pernah dengor orang menyebutnya. Selalu bila kita orang ada kursus sampai malam ada pihak urusetia sediakan supper atau minum malam. Makanan ringan waktu malam yang selalunya disediakan bila aktiviti habis dalam pukul 10 atau 11 malam bila kursus sehari suntuk. Ini istilah gabi. Apa kebendanya tu.
Ada sapa-sapa cikgu sekolah bahasa malaysia yang tahu apa maksudnya kenapa jadi ayat macam tu.
Poning aku dengan istilah baru yang kadang emmm apa tu. Caca marba jadi bahasa malaysia kita.
Ni kena tanya orang Dewan Bahasa lah kenapa ayat tersebut di gunakan terutamanya Gabi. Macam oink oink je.
sama Ana pun dgr perkataan merarau kat blog Wak Petani.. Gabi tu pun x pnh dgr lagi ahaakss~
ReplyDeleteye first time denagr kak, merarau, Gabi...harap ada la pencerahan buat kita yang sedang confuse ni
ReplyDeleteSaya tergelak baca tulisan akak.....hehehehe saya belum sampai lagi kerumah wak hari ni.....gang dewan bahasa blogger kakcikjuariah
ReplyDeletemenggagau tu pun ok jugak kak.. sebab dah lapo, kena la menggagau cari makan.. hehehe..
ReplyDeletetu belum jumpa orang kedah...di sebutnya menyorok pagi2...
ReplyDeleteowhh baru tahu istilah ni....bagus ni...ilmu itu mahal
ReplyDelete