Assalamualaikum,
Dah dengar kan pengumuman penting PMX pada pukul 10.30 pagi tadi. Dan ini lah hasilnya. Sebagai penjawat awam kami berkecuali tapi sebagai rakyat biasa atau orang kata marhean ni emm syukur aje lah.Tak berani nak kata apa-apa walaupun kadang macam ada yang tak puas hati. Tapi sekurangnya bila banding dengan negara lain agak-agak macamana. Aku tak pandai bab politik ni cuma kadang terasa macam yang kaya lagi kaya yang miskin lagi makin miskin. Jurang perbezaan pendapatan ni kadang semakin jauh jaraknya bila ada 3 kategori iaitu B40 M40 dan T20. Entah kenapa aku tak suka bila ada grade kategori macam tu. Tapi nak buat lagu mana. Terpaksa hadap. Tapi terpulang lah pada pendapat hangpa semua. Apa pun yang Allah rezekikan aku bersyukur sangat atas limpah kurniaNYA.
Ni penting sebab nak balik kampung toll murah. Kalau tak emmm jenuh le weiiii
Ni tak pasti lagi belum cuba yang akan di laksanakan nanti.
Yang ni alhamdulillah.
Mungkin barangan boleh dapat lagi murah
Yeh dapat cuti padahal rasanya Malaysia lah paling banyak dapat cuti umum. Syukur sebab boleh balik kampung selalu.
Alhamdulillah mudahan kalau petrol murah harga barangan pun patutnya boleh kurang juga. Kadang pelik lah bila naik eh laju je peniaga naik barang tapi bila minyak turun eh depa kata barang lain masih tinggi. Aduhaiiii sebagai pengguna kena lah bijak berbelanja.
Pengumuman PMX:
1. Setiap warganegara berumur 18 tahun ke atas dapat RM100 sempena hari merdeka babit 22 juta rakyat libat RM2 billion.
2. Sempena Hari Malaysia, 15 September ( isnin) hari kelepasan am.
3. Tambah RM300 juta lagi untuk jualan rahmah ( kini jadi RM600 juta), akan diadakan pada setiap DUN.
4. Kadar tol sepatutnya naik, tetapi kenaikan tidak dilaksanakam tahun ini. Kerajaan serap Rm500 juta ringgit.
5. Mulai bulan ini, 85℅ pengguna nikmati penurunan tarif elektrik sebanyak 14℅.
6. Ron 95 turun 6 sen. Dari Rm2.05 seliter sekarang ke RM 1.99 seliter bermula pada bulan September. Beri manfaat kepada 18 juta pengguna warganegara sahaja, guna Mykad.
Alhamdulilah. Terima kasih PMX. Kita nak PM yang boleh beri pada rakyat BUKAN PM yang makan duit untuk diri sendiri.
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki yang ada,kita sapu...merasa lah juga nk tunjuk IC dekat cashier..hihi..
ReplyDeleteTang bil letrik tu, kalau guna banyak, akan rasa mahal..nampak penurunan tu, kalau guna sikit..contoh baru NIE, bil letrik dekat rumah Tronoh, selalu akan ada kadar min RM3, walaupun tak guna .NIE tengok bil baru kena RM1.90 je..
Tapi, dulu² pernah juga rasa tak payah bayar bil..sebab bil bawah RM20..kalau tak silap lah.
paling suka yg dpt cuti extra 15hb tu dgn rm 100 :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Orang dah bagi, kita ambik je. Boleh juga buat belanja.
ReplyDeletealhamdulillah syukur limpah rezeki utk rakyat Msia
ReplyDelete