Jom ke BAZAR KEUSAHAWANAN KELAB-KELAB IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk mendapatkan pelbagai produk tempatan seperti makanan, pakaian, barang keperluan harian dan banyak lagi!
Tarikh : 25 Julai 2025 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi – 3.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 8, Blok E7, Kompleks E, KKM
Hadiah misteri menanti pengunjung yang bertuah. Datanglah beramai-ramai dan jumpa anda di sana !!!!
Assalamualaikum,
Rindunya nak pi Parcel E tu. Bertahun dok situ dengan macam-macam peristiwa telah aku alami. Orang kata tempat jatuh lagi kan di kenang ni kan pulak tempat bertentang mata opssss..... takde lah. Ya lah kalau dah bertahun-tahun dok situ memang rindu ler terutama kawan-kawan lama pejabat lama.
Aku rindu parcel E terutamanya bila jualan di kaki lima jalan samada di Blok E2 ke E6 ke E7 ke. Kadang E14 pun ado. Apa lagi dengan Cafe Mislani. hehehe walaupun kadang tiap bulan Ramadan Hj Jelani selalu kena report harga jualan makanan mahal tapi dia berniaga maintain je kat situ bertahun-tahun. Tapi walaupun mahal masakan dia sedap. Malahan jualan kuih muih dan pelbagai juadah yang orang hantar kadang-kadang sedap dan pelbagai jenis ada.
Ok lah sesiapa yang berada di Parcel E boleh le pi. Cuma kat situ bab parking je yang selalu jadi masalah besor. Jenuh wei nak cari tempat parking. Apa pun semuga acara berjalan lancar.
pernah lah jadi warga putrajaya dalam masa setahun...dulu2 sebelum kahwen
ReplyDeletewah bila tu linda
Deletedah lama sungguh tak pergi area situ....
ReplyDeleteArea putrajaya ni macam-macam jualan
Deletewahhh mesti macam macam ada ni....
ReplyDeleteSelalunya memang macam-macam yang di jual. Rambang mata weiiii
DeleteEsoklah ceritanya ye. Bestnya. Kalau dekat nakserbu juga.
ReplyDeleteSaya yang dekat pun tak dan nak jengah
DeleteEsok lah ni kan..pasti ada bahan nak update blog ..semoga lancar urusan dek ya
ReplyDeleteTak pergi cikgu sebab saya balik kampung. Saje share
DeleteOh ini area Putrajaya yaaa? OCT saya nak ke Malaysia dan stay di kawasan Putrajaya. Tp dah tak ada event ini. Harap2 ada event lainnya . Paling suka kalo datang ke Bazaar yg banyak menjual Macam2 ❤️
ReplyDeletewah mahu datang ke putrajaya ka. Selamat datang. Kalau rajin roger le akak.
Delete