Thursday, July 31, 2025

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang KKM





 Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2025

Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia
Tema : Malaysia Madani; Rakyat Disantuni

Ayuh semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air!


Assalamualaikum,

Bila dah masuk bulan Ogos ni maka banyak lah pelancaran dan macam-macam event di adakan. Ni bila dah buat pelancaran mengibarkan jalur gemilang lepas tu pejabat akan menerima jalur gemilang untuk buat dekoration pejabat sempena Bulan kemerdekaan. Macam-macam dekonya yang di buat bergantung pada idea kreatif pejabat.

Kat HPJ pun ada juga tapi buat masa ni tak nampak bayang lagi dapat free Jalur Gemilang. Apa pun tunggu lah.

Hujung minggu yang lalu pun ada juga event di Tanjung Emas Muar, iaitu pelancaran Bulan Kebangsaan. 


Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun 2025 telah diadakan di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor pada 27 Julai 2025. Acara ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Majlis ini merupakan acara tahunan untuk memulakan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang. Di Dataran Tanjung Emas, terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk reruai usahawan Komuniti MADANI, reruai perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta, pertandingan mewarna, Bintang Suara MADANI, persembahan kesenian, dan aktiviti kebudayaan. Selain itu, terdapat juga acara seperti Merdeka 6.8KM Fun Run & Walk dan persembahan konvoi aset darat dan air. 
Acara ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September. 

4 comments:

  1. Wah ada event lagi ye kak..ye la..bulan Ogos bulan Kebangsaan...macam- macam aktiviti diadakan

    ReplyDelete
  2. nanti nak dekat tengah bulan 8 dapat la bendera free tu.. kita pun tak dapat lagi ni.. hehehe.. ^^

    ReplyDelete
  3. Kat Lipis ni pun dah banyak bendera tepi jalan sejak tengah bulan 7 ni dah. Awal mereka pasang.

    ReplyDelete
  4. Betullah dah masuk Ogos ni banyaklah acara berkaitan kemerdekaan negara kan... Elok juga, terasa meriah bila nampak bendera kita di sana sini

    ReplyDelete