17.7.2025- Majlis Serahan Sumbangan Wakalah PPZ-MAIWP kepada Hospital Putarajaya.
Majlis Serahan Sumbangan Wakalah PPZ-MAIWP kepada Hospital Putarajaya telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir hadir bersama, YBhg. Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP), YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, YBrs. Dr. Nor’aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri, JKWPKL&Putrajaya dan YBrs. Dr Suraya binti Amir Husin, Pengarah Hospital Putrajaya.
Sumbangan ini telah disalurkan melalui dana dua pemegang utama wakalah zakat MAIWP, iaitu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta wakalah persendirian dengan jumlah keseluruhan sumbangan berjumlah RM247,760.00. Sumbangan digunakan untuk pembelian peralatan perubatan dan kit pengurusan jenazah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada PPZ-MAIWP dan semua para penyumbang. Semoga dengan sumbangan yang diterima ini akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan perawatan di Hospital Putrajaya.
"خير الناس أنفعهم للناس"
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.
Kredit FB HPJ
Jumlah keseluruhan sumbangan yang di berikan
Dengan peralatan Perubatan yang disumbangkan
Ketibaan YG Berhormat di sambut dengan gembira.
Sign Autograph. Special ni
Semasa acara majlis di Auditorium HPJ
Ada bacaan Ikrar juga
Mock jumlah sumbangan yang diberikan MyIPO
Sumbangan daripada Suruhan Jaya Air Negara (SPAN)
Sumbangan daripada persendirian
Bergambar beramai-ramai di Auditorium
Lawatan ke Wad-wad
Macam-macam juga peralatan perubatan yang di beri
Bagus lah bila dapat peralatan baru.
Warga HPJ berasa gembira dengan sumbangan peralatan Perubatan yang di terima.
Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan jayanya. Bila aku nampak ayat Wakalah emm apa makna dia ye. Jadi aku pun cari makna guna Chatgp
Maksud wakalah ialah pelantikan seseorang (muwakkil) terhadap pihak lain (wakil) untuk mengendalikan urusannya. Secara ringkasnya, ia adalah proses melantik seseorang untuk bertindak bagi pihak kita.
Penjelasan lanjut:
- Wakalah adalah akad atau perjanjian dalam Islam yang melibatkan pelimpahan kuasa atau mandat dari satu pihak kepada pihak lain.
- Tujuan:
- Tujuannya adalah untuk membolehkan seseorang yang tidak dapat menguruskan urusannya sendiri, mewakilkannya kepada orang lain untuk bertindak bagi pihaknya.
- Contoh:
- Dalam konteks perniagaan, seseorang boleh mewakilkan urusan jual beli kepada ejen. Dalam konteks ibadah, seorang wali boleh mewakilkan urusan pernikahan kepada pihak lain.
- Pentingnya Wakalah:
- Wakalah penting dalam Islam kerana ia membolehkan urusan harian berjalan lancar dan memenuhi keperluan masyarakat yang kompleks.
Alhamdulillah, semoga sumbangan dapat memberi manfaat pada semua...amin
ReplyDeleteTerima kasih kepada penyumbang
DeleteCompany SA kerja ni pun memang menyumbang Wakalah PPZ ni...sumbangan untuk mereka yang memerlukan di masa hadapan
ReplyDeleteAlhamdulillah semuga makin melimpah ruah rezeki syarikat SA
Deletewahhh bagus nya...semoga sumbangan tersebut dapat kepada mereka yang memerlukan
ReplyDeleteMemang sumbangan tersebut banyak mendatangkan manfaat kepada pihak hospital
Deletealhamdulillah.. semoga sumbangan ni dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteTerima kasih juga kepada penyumbang
Deletealhamdulillah sumbangan memanfaatkan ramai
ReplyDeleteSumbangan dari pihak swasta juga di perlukan selain daripada budget yang di terima daripada KKM
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga sumbangan dimanfaatkan sepenuhnya.
Semoga bermanfaat peralatan yang disumbangkan tu.
ReplyDelete