Thursday, July 17, 2025

LHDN pagi-pagi dah wish Birthday


 Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur Allah masih beri aku kesempatan menghirup udara pagi di hari jadi ku. Syukur Ya Allah Syukur Ya Allah atas segala limpah kurnia MU YA Allah 


Pagi-pagi tenguk email opis eh Pokcik LHDN gigih ucap selamat. Macam le kita luper dia, hehehehe LHDN ni tak tahu ke aku benci tapi rindu kat dia. hahahahaha Benci sebab tiap tahun kena update status duit berapa banyak hasilnya. Lepas tu congak-congak hah kena bayor kat dia lah pulak sebagai toll dalam pekerjaan. aduhaiiii. Tapi sejak aku amalkan potongan gaji kepada zakat pendapatan setiap bulan hah aku dapat hindarkan dari kena bayar pampasan setahun sekali. Daripada aku bagi kat dia baik aku sedekah kat kawan-kawan aku sepertimana yang aku buat  Giveaway sempena birthday 2025 Kan kan kan. 




Alhamdulillah kawan pejabat surprisekan aku dengan kek birthday. Sedap buah-buahannya. 


Ni pulak anak buah aku seramai 5 orang gigih beri hadiah. Cayang uolsss. Muah muah muah.


Sebelum tu mari kita sekahkan Al fatihah buat warga Islam dalam penerbangan MH17 di tembak peluru berpandu dan meletup di kawasan Ukraine. Tragedi MH 17 akan di kenang sepanjang hayat. Semuga roh mereka semua termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. 


Kata wikipedia

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia berdekatan Torez di wilayah yang ditakluk kumpulan pemisahDonetskUkraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia . Pesawat telah ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Rusia, BUK 9M83, pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.

Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis BUK oleh para pemisah pro-Rusia semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).

Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat
 bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang. 

Apa pun sejak peristiwa itu terbayang-bayang lagi aku masa ketibaan pesawat yang membawa jenazah mereka semua. Upacara menyambut jenazah mereka buat aku menangis tanpa sedar. Satu Malaysia berduka. Dah le masa tu nak raya. Yang sedih tu ada satu famili yang balik nak beraya di kampung halaman setelah lama tinggal di Amsterdam kerana tugas. Tapi yang bagusnya ahli  keluarga mereka  telah membina Masjid hasil dari duit pampasan yang di perolehi kerana kejadian tersebut. Kalau tak salah kat Serawak rasanya sebab keluarga tersebut juga saudara kepada Pn Dayang Rozana rakan sekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Serawak yang telah bersara.   

Sekarang yang kita belum tahu hasilnya ialah MH 370. Apa agaknya yang terjadi sebenarnya ye. Sedih sebab jika telah meninggal mana pusaranya. MH 17 walaupun sedih kerana meletup sekurangnya ada pusara.  Apa pun semuga satu hari nanti Tuhan tunjukkan pada kita apa sebenarnya yang terjadi. Hanya Allah maha Mengetahui setiap kejadian yang berlaku. 

10 comments:

  1. Itu la, misteri yang tidak terungkai, mana hilangnya pesawat MH370.
    Apa pun, selamat harijadi, kak Notie. Semoga sihat-sihat selalu, murah rejeki dan dirahmati Allah.
    Nampak sedap, kek harijadi. ๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  2. Wah sayang betul LHDN ngan akak kan..SA pun sama hari tu LHDN orang pertama wish.. Happy Birthday Kak...SA ada buat entry utk akak tau...hahahah

    ReplyDelete
  3. Untung ada LHDN yang tak lupa hari jadi akal..hihihi

    ReplyDelete
  4. LHDN tu mmg tepat waktu dia wish Birthday...x culas...Moga mereka yang terlibat MH370 tu di tempatkan di tempat orang beriman...bagusnya keluarga bina masjid tu...pahala yg pergi tu terus mengalir...

    ReplyDelete
  5. sanah helwah notie sht sjhtra tiasa murah rezki rjn buat GA lupakan LHDN sedihnya kehilangn yg tersayang terlibat kemalangan xterduga

    ReplyDelete
  6. Selamat Ulangtahun Kelahiran.... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  7. Selamat merayakan hari ulang tahun, Mbak.
    Semoga panjang usia, murah rezeki dan selalu dalam lindungan Allah SWT.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Selamat hari lahir. Semoga yang baik2 je.

    ReplyDelete
  9. Sanah helwah Notie.
    Biasanya LHDN itulah yang pertama wish birthday kita kan... ahaks.
    Meriahnya dapat hadiah dari anak-anak buah.
    Peristiwa dua pesawat yang penuh tragis itu memang sampai bila-bila tak dapat dilupakan. Semoga semua roh rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas tersebut tenang di sana.

    ReplyDelete