Assalamualaikum,
Sudah masuk bulan Julai. Sekejap je masa berlalu. Kali ni aku nak buat GA lah sempena hari jadi aku. Ada rezeki lebih sikit jadi nak share bersama hangpa semua.
Tahun 2021 aku pernah buat hadiah buat pengomen terpantas sempena hari jadi dan hadiahnya hanya untuk 5 orang sahaja. Kali ini bior ramai yang dapat. Hah 10 ya hadiahnya.
Hadiahnya adalah jeng jeng.....Tempat pertama sehingga tempat ke tiga. Kain cotton emboidery dari Wafiy Collection.
No 7 hingga 10 barangan shoppe.
Dan untuk tempat 4 yang akhir barangan shoppe. Pun random antara contoh di atas. Masing-masing atas rezeki masing-masing lah ye.
Aku ni jenis orang manual almaklumle generasi Y kan. Tak reti nak pakai roda impian tu. Lagi pun tak ramai yang datang rumah aku ni. Tapi kalau ramai sangat mungkin boleh buat cara manual juga lah macam cabutan bertuah tu.
Pemilihan adalah berdasarkan sapa cepat dia dapat. Pat pat siku lipat. Cepat lah komen nak ya. Kalau nak tahu tarikh birthday aku ianya adalah tragedi yang akan di kenang satu dunia dan satu Malaysia khasnya. Al fatihah buat mereka yang terkorban itu. diam tak diam dah 11 tahun berlaku.
OK on your mark get set go. Hah laju-laju komen nak ye. Kalau nasib dapat kat orang lelaki hadiah kain tu boleh le bagi Isteri tersayang atau orang yang tersayang le ye.
Hah apa lagi tunggu tu. Komen saya nak laju-laju ya. Adios opss lupa. Tarikh tutupnya adalah setelah aku dapat 10 orang yang komen terpantas. Dalam masa seminggu ni kalau dah dapat 10 orang aku tutup lah tapi kalau lambat sangat orang yang komen aku bagi tempuh 2 minggu sehingga semua dapat.
Semuga rezeki aku melimpah ruah lagi di hari Jumaat yang berkat ini dapat lagi share rezeki dengan kalian semua. Aamiin Muah muah muah.
Hah apa lagi tunggu tu. copek copek copek komen
SA nak....jawapan nak letak sini ke kak?
ReplyDeleteJawapan tak perlu yang penting nak. No 1
Delete