Bila pi rumah taufik pasal potluck kena permit juga aku pun nak mengimbau kenangan lah kejadian tersebut suatu waktu dahulu tahun 2008. Hah tu dia lama dah kejadiannya. rupanya masa tu memang panas dengan agenda perhimpunan guling2. hehehehe. Tapi seronok sebab masa tu dapat jumpa kenalan baru dan lama yang sama-sama minat membaca novel. Kiranya menjalinkan ukhwah bersama penulis dengan pembaca yang juga akhirnya menjadi kawan. Best kan kalau sama-sama minat. Jadi kalau jumpa kadang bercerita pasal novel dan seangkatan dengannya. Ingat novel ni takde drama pukul 7 petang ke. Banyak politiknya juga cuma aku kadang tak tahu kejadian yang berlaku.
Politik ciplak, politik citer dalam kain yang tidak sepatutnya di uraikan sebab yang membelinya pembaca yang belum cukup umur(ini isu panas). Dan macam-macam lagi lah. Kadang bila jumpa geng Ulat buku opss disebabkan kami suka membaca akhirnya tercetus lah group geng ulat buku. Ada group lain lagi geng kicap. Tapi semuanya jadi geng. Sesekali berjumpa kadang bergosip pasal dunia buku. hehehehe
Sekarang kita orang dah kurang pi pesta buku ni. Buku yang dibeli pun ada yang entah tahun bila beli tak habis-habis baca sejak medsos melanda dengan pesatnya. Layan fb, tik tok , Netflix hah apa lagi.
Banyak company buku yang sudah hilang kegemilangannya seperti Creative Enterprise (Legend penerbitan ni), Kaki Novel, Jemari seni yang terpaksa bungkus kedai juga Alaf 21 yang sudah hilang serinya. Yang maintain sekarang Karyaseni. Juga kemunculan baru seperti Manes, Jejak Tarbiah. Itu sebahagian yang aku ingat lah.
Ok berbalik pasal piknik kat KLCC ni aku dah tak ingat macamana puncanya kami dapat bergather-gather dengan jayanya. Tapi seronok sebab masing-masing bawa makanan. Jadi kita boleh rasa makanan macam-macam.
Aku bawa apa ya dah lupa. Tapi bekas coklat tutup putih tu aku ingat aku bawa. Hahahaha sudah bertahun kejadiannya ya.
Hah ini sebahagian daripada menu potluck.
Yang rajin masak hah ada agar-agar, kuih muih.
Hah tu dia siap ada desert lagi.
Kita orang cari gazebo yang luas dan banyak tempat duduk kelilingnya. Acara bermula tengahari lajak ke petang.
Ni Nawwir dengan Kak su. Tudung biru tu Wan Amalyn dan tudung hijau tu Mama Erra. Kak su aka penulis Noor Suraya. (Ex tokeh Jemari Seni)
Ada tikar kita orang bentang dan makan bersama-sama. Aku, nawwir, wabbit, Lia (penulis Jemari Seni) Kak uda dan Wan Amalyn serta Aisya anaknya. Aisyah sekarang dah kat universiti. Lebih tinggi dari Wan.
Tudung pink Kak Uda dengan Fiza. Sebelahnya Ahada dan tudung biru belakang tu penulis Izzul dari Kaki novel.
Kita orang sambut birthday bersama-sama. Ada bulan 7 ada bulan 8 ada bulan 6.
Ni sessi bertegur sapa bercerita apa gosip terkini. hehehehe bertanya perkembangan masing-masing sebenarnya.
Ada tikar kita orang bentang dan makan bersama-sama. Aku, nawwir, wabbit, Lia (penulis Jemari Seni) Kak uda dan Wan Amalyn serta Aisya anaknya. Aisyah sekarang dah kat universiti. Lebih tinggi dari Wan.
Ni sessi paling best. Nak makan sambil melihat apa menu yang best.
Sessi makan sambil menyembang
Posing semua ramai-ramai selagi muat.
Kamera banyak sangat ni sedang pandang kamera sapa lah pulak. Masa ni phone belum changgih lagi masih pakai kamera digital.
Kek birthday beramai-ramai. Sedap. Tak ingat kek secret recipe rasanya.
Ni sedap. Makaroni bakar air tangan Carrie. Pengulas novel dan juga aktif menulis di face book. Ada juga buku terjemahannya.
Menyembang dan menyembang sambil makan sambil bergelak tawa. Rasa hilang stress semua.
Sempat lagi Yah dengan Iejay ulas buku ke. Iejay penulis NB Kara bawah penerbitan penulis Norhayati Berahim
Izzul angkut anak beranak. Suami dia rajin ikut sama aktiviti izzul bersama kita orang. Izzul penulis di Kaki novel.
Tikar putih biru tu aku yang bawa. Dah hancur dah. Dia lama-lama hancur berderai jika tidak digunakan lama sangat.
Anis Radha sebelah Ahada. Penulis Jemari Seni.
Apa benda lah yang Lia buat tu.
Sambil makan sambil menyembang.
Ni posing ramai-ramai

Anis dan Ahada pindah pula ke sini. Best agaknya dapat bersimpuh. Kawasan sekeliling gazebo ni banyak tempat duduk jadi meratalah kami menghuninya. Ramai kan.
Tengah sedap makan sambil menyembang tiba-tiba datang Pak guard marah-marah kami. Aduhai. Nasib baik lah masa ni dah petang dan kami dah buat macam-macam aktiviti makan sambil menyembang serta potong kek birthday dan berposing. Kalau tak geram lah juga sebab agenda belum habis.
Tapi sebab dah kena halau emm terpaksa lah kami bungkus balik barang-barang kami bawa balik.
Ni berbondong-bondong kami balik ke tempat parking kereta sambil mengangkut barang yang kami bawa,
Selesai lah sudah piknik kami di Taman KLCC serta dengan perasaan trauma sebab kena halau. hahahahahaha memang kenangan terindah juga ada , sedih juga tapi semuanya happy dapat berkumpul beramai-ramai macam ni.
Tapi tu lah tak serik juga walaupun kena halau lepas tu plan kali ke 2 kat tasik di PJ rasanya. Nanti aku gembur balik gambar-gambar lama. Lepas tu cari port kat putrajaya. Ada tempat tersorok dan akhirnya kat situ lah Jemari Seni buat aktiviti dia.Apa pun ini semuanya kenangan bagi kami geng Ulat buku. Sambil mengeratkan silaturahim sambil makan sambil menyembang. Tu pun kadang tak puas. hehe
Bila Blogger Taufik up entry kena ada permit oooooo baru tahu. Masa ni langgor je nasib baik tak kena angkut naik trak polis. huhuhu naya je. Apa pun pada kita orang memori piknik kena halau Pak Guard tetap menjadi memori terindah bagi kami.
bila keadaan memanas memang auto tahap keselamatan bertambah ketat
ReplyDelete