Friday, August 8, 2025

Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan

 




Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2025 anjuran
Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Kementerian Kesihatan Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 17 Ogos 2025 (Ahad)
🕢 Masa: 7.30 pagi hingga 4.00 petang
📍 Tempat: Landasan Helikopter (Helipad), Taman Tasik Titiwangsa

Majlis ini akan dirasmikan oleh:
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

Dengan tema “Warisku, Hormati Ikrarku”, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk para pengunjung seperti:

- Zumba 
- Dikir Barat 
- Pertandingan Mewarna
- Saringan Kesihatan 
- Pameran Kesihatan 
- Permainan Interaktif

Majlis ini juga bersempena 50 Tahun Derma Organ di Malaysia dan diadakan sebagai satu usaha berterusan meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap pendermaan organ.

Semua warga KKM dan orang awam dijemput hadir untuk memeriahkan majlis ini! 




Sukacita dimaklumkan bahawa sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2025, pelbagai pengisian menarik akan dijalankan sepanjang program tersebut.

Salah satu inisiatif utama adalah:

🌟 Pancaran Cahaya Hijau di Lokasi-Lokasi Ikonik Seluruh Malaysia
📅 Tarikh: 13 – 16 Ogos 2025
📍 Lokasi: Ikonik di seluruh negara

Program ini diadakan bersempena 50 Tahun Derma Organ di Malaysia dan diadakan sebagai tanda solidariti dalam meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan kepentingan pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa.

Marilah kita sama-sama menyokong kempen ini dan nantikan kemunculan cahaya hijau sebagai simbol harapan dan kehidupan.

 


Kredit Postmaster KKM

2 comments:

  1. macam- macam aktiviti ada tu ha...menarik betul...

    ReplyDelete
  2. kak, macamana nak derma organ tu ya? saya dari dulu tertarik dengan program menderma organ.

    ReplyDelete