Chia seed dan biji selasih memang kelihatan serupa, tetapi berbeza dari segi rupa, asal-usul, dan kandungan nutrisi. Chia seed berbentuk oval, lebih besar, dan berwarna putih, hitam, atau kelabu, manakala biji selasih berbentuk bulat, lebih kecil, dan berwarna hitam pekat. Chia seed juga lebih kaya dengan omega-3, serat, dan protein, manakala biji selasih lebih kaya dengan zat besi dan kalsium.
Berikut adalah perbezaan yang lebih terperinci:
Chia Seed:
- Bentuk: Oval dan lebih besar.
- Warna: Putih, hitam, atau kelabu.
- Asal: Tanaman Salvia hispanica (keluarga mint).
- Kandungan: Kaya dengan omega-3, serat, protein, kalsium, dan antioksidan.
- Kegunaan: Boleh dimakan terus atau direndam, popular dalam diet kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.
Biji Selasih:
- Bentuk: Bulat dan lebih kecil.
- Warna: Hitam pekat.
- Asal: Tanaman kemangi atau Ocimum basilicum.
- Kandungan: Kaya dengan serat, zat besi, kalsium, flavonoid, dan antioksidan.
- Kegunaan: Perlu direndam sebelum dimakan, popular dalam minuman tradisional dan masakan Asia.
Secara ringkas, kedua-dua biji ini mempunyai khasiat tersendiri dan boleh diambil secara bersamaan untuk manfaat kesihatan yang lebih menyeluruh.
Assalamualaikum,
Dulu-dulu aku kenal biji selasih je. Ingat lagi masa kecik-kecik bila minum air sirap ada lah pulak benda hitam terapung-apung. Ingatkan telur berudu tapi aruah mak kata tu biji selasih namanya. Bila aruah mak kata macam tu baru berani nak minum. Ye lah dah macam telur berudu kat tepi parit yang kita orang selalu nampak bila cari ikan kat parit. hehehe jaman budak-budak tu le kerjanya.
Masa tu kalau raya terhidang je sirap selasih dengan air batu bila minum perghhh begitu nyamannya rasa tekak. hehehehe overnow aku ceritakan betapa sedapnya air sirap selasih di tekak aku. Ye lah masa tu belum ada macam-macam air terhidang masa raya. Yang paling murah tu lah sirap biasa je. Sirap buat sendiri tau. Nak best lagi hah air sarsi dalam botol tu paling kaya sikit ler dapat beli.

Lepas tu aku jumpa chiaseed bila nampak member letak banyak-banyak dalam bekas air mineralnya.
Aku pelik napa minum air biasa je pakai biji selasih. Rupanya bila aku tanya bukan biji selasih tetapi
chiaseed. Bagus untuk kesihatan dan nak menguruskan badan. Bila minum rendaman air mineral
dengan chiaseed dapat mengenyangkan perut. Nak best lagi letak sekeping 2 lemon.
ooooo panjang oo aku bila kawan terangkan.
Jadi sekarang baru tahu serupa tapi tak sama. Ayat je pun dah lain-lain.
zaman sekarang pun, kalau waktu panas ngam sangat dengan air sirap selasih...fuhhh
ReplyDeleteSA kadang- kadang suka minum air yang diletakkan chia seed sekali...sedap dan banyak khasiatnya...
ReplyDelete