15 Tips Murah Rezeki!
2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh.
3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati.
4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.
5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!
6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.
7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang.
8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.
9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!
10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi.
11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu.
12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).
14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.
15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalu mu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri.
Alhamdulillah 


Jika anda ada masalah:
1) Perniagaan sales stuck/slow
2) Masalah hutang
3) Masalah Rumah Tangga dan Keluarga
4) Masalah Rezeki dan Kewangan
5) Dan apa jua masalah
Sebagai ikhtiar, jom cuba dapatkan solusi masalah anda di sini. Alhamdulillah ramai buat menjadi dan rasai kesannya.
kredit : islam cahaya hidupku
Assalamualaikum,
Semuga aku sentiasa istiqoma dalam membuat amalan ini agar rezeki aku melimpah ruah. Tapi no 11 tu aduhaiiii takkan dapat aku buat kerana kedua orang tua telah tiada. Tapi yang pasti setiap kali lepas solat doa buat mereka takkan lupa. Begitu juga buat aruah atok dan nenek serta saudara mara yang lain.
No 13 tu kadang cuba untuk memaafkan orang tersebut tapi hati kadang jahat sangat terbayang perbuatan dia terhadap kita. Camni macamana le nak maafkan orang. Akhirnya redho je lah semuga orang tersebut Allah gerakkan hatinya agar tidak menganiaya orang lain pula seperti mana dia pernah buat pada kita. Ya Allah ampunkan dan bersihkan lah hati aku daripada berperasaan susah untuk memaafkan orang lain. Boleh maaf tapi hati sentiasa teringat daripada kita jadi stress hah lupakan lah. Ada ramai lagi orang baik bersama kita. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA.

Terima kasih atas ilmu...
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteTerima kasih atas perkongsian kak...kebetulan masa baca entry ni SA sedang rasa sedih..dipulau oleh rakan sekerja..x tau la apa salah kita...
ReplyDeleteAllahuakbar. Sabar lah SA. Ahkak dulu pun pernah kena tapi yang memulaukan big boss. Jadi yang lain dek kerana membodek pun join sama. Tapi Allah kan ada. Doa orang yang di aniaya tiada ijab. Semuga yang baik-baik juga buat SA.
Delete