Tuesday, October 14, 2025

Hari Jantung - Hosp Putrajaya

 


Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Lembaga Hospital Putrajaya dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya, Komuniti Madani Putrajaya, Institut Jantung Negara serta rakan-rakan strategik, buat julung kalinya akan menganjurkan Hari Jantung Putrajaya yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr.Dzulkefly Ahmad, seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh: 19 Oktober 2025 (Ahad)

Masa: 7.30 pagi – 1.30 tengah hari

Tempat: Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Putrajaya

 

 Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan jantung serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, saringan jantung oleh Institut Jantung Negara (IJN), kuiz kesihatan, dapur sihat, cabutan bertuah dan pemeriksaan kesihatan percuma. 


Jom Orang Putrajaya....ramai-ramai menjayakannya.


2 comments: