Thursday, October 23, 2025

Majlis perpisahan CC Milah

 


Assalamualaikum,

Hari ni kita orang buat potluck untuk majlis perpisahan CC milah. Sedih juga sebab aku agak rapat juga dengan cc semasa baru kerja di HPJ ni. Kita orang memang suka masak-masak atau buat makan-makan kat pejabat. Kadang belanja sarapan hari jumaat kadang belanja sarapan bila buat gotong royong. Cc Milah ni umpama mak-mak kat pejabat kita orang. Jadi rasa sedih juga lah walaupun hanya perpindahan dalaman tapi masih tidak sama sebab bukan satu jabatan.

Isnin hadapan CC Milah dah mula bekerja bahagian admin. Di tarik oleh Mr Danesh kerana CC berpengalaman dalam kerja di Bahagian sumber. Walaupun dah merayu sebab baru je 2 tahun lebih di Jabatan Rekod tapi bila Mr Danesh ugut kalau tak tarik CC milah ke bahagian sumber nanti gaji baru tahun hadapan dapat lambat. Ni kiranya kali kedua sebab kali pertama ada sebab munasabah menolak untuk di tarik ke bahagian admin. Kali ini tak boleh lah terpaksa juga pergi ke bahagian admin.  


Main dish order nasi tomatao. Manakala kuih dan desert yang lain potluck. Tapi paling best sebab buat kerabu maggi. yum-yum. Liza dan hanim yang membuatnya sebab liza terer buat kerabu maggi tu manakala maggi siam aku yang belikan. Hari tu masa pi Kelantan tak dan beli sebab dah naik bas baru nampak julie tayang jadi aku cari kat shoppee. Hah 15 paket maggi dapat 2 bekas. Semua kata sedap.



                                                                
   Pembuatan kerabu maggi


Gambar ramai-ramai sebelum makan


Aku bersama cc Milah. Geng makan dan bergelak ketawa. Nangis sama-sama ketawa sama-sama. Semuga cc dan keluarga Allah sentiasa lindungi dimana jua berada. Aamiin


Pn Hanum berucap sikit


Cc milah dalam kesedihan


CC bersama team LP

Semuga CC milah berjaya di tempat baru. Jangan lupa kita orang ye CC


2 comments:

  1. Sedihnyaa bila orang yang kita rapat berpisah jua ke bahagian lain...tapi masih boleh jumpa kan.....

    ReplyDelete
  2. Kena ikut arahan la ye, demi kelangsungan hidup. Sedap-sedap tengok makanan, macam-macam ada.

    ReplyDelete