Sunday, November 9, 2025

Audit Rekod Perubatan Pesakit 2025

 

                                                                 Big Boss bagi penerangan


Assalamualaikum,

Hari ni Opis kita orang buat Audit Rekod Pesakit base on fail pesakit dengan sistem ficision. Oleh kerana banyak sample dan disiplin yang akan cross checking data pesakit jadi start 10hb sehingga 14 haribulan mengikut disiplin yang pn hanum dah sediakan. 

 


Nampak Dr zul dari Jabatan Perubatan join sama


Khusyuk mendengar penerangan Big Boss aku


Pihak urusetia yang terlibat


Doktor dan juga Pakar dengarnya turut sama menyertainya tapi busy kan masuk sekejap je dah kena buat kerja lain

                                               Doktor-doktor yang bekerjasama membuat audit 

Ada 11 disiplin yang dibuat audit dimana selama 3 hari iaitu 10hb sehingga 12hb November 2025 adalah Pakar dan Pegawai perubatan yang berkaitan.  Manakala 13hb sehingga 14hb November pula Paramedik yang akan membuat audit. Jabatan Rekod sediakan bilik dan sample serta menjadi urusetia Audit tersebut. Semuga audit berjalan lancar hendaknya. 

20 comments:

  1. Harap berjalan dengan lancar proses audit.

    ReplyDelete
  2. Tak berapa nak faham tapi semoga berjalan lancarlah ye. Selalu dgr org kata audit tu menyakitkannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Audit ni dijalankan supaya dokumentation tu lengkap. Kadang dalam sistem ada tapi dalam fail pesakit tiada. Kalau ada kes mahkamah macamana nak sediakan bahan. Tu yang di buat audit supaya dalam sistem ada dokumentaion dan manual pun ada.

      Delete
  3. Semoga berjalan lancar. Takdela penemuan pelik2 ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni berjalan lancar. Pakar pun bekerjasama dengan baik

      Delete
  4. Selamat mengaudit dan diaudit hehe ...

    ReplyDelete
  5. Rekod perubatan pesakit pun kena audit, ye kak. Walaupun saya kurang faham, harap proses mengaudit berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang guna sistem kena buat audit supaya dalam sistem ada dalam fail pesakit pun ada.

      Delete
  6. Biasa dah hujung-hujung tahun ni mesti ada audit kan...kadang pening..kadang x banyak hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kena hadap nak buat macamana dah kerja

      Delete
  7. Replies
    1. Untuk Pegawai Perubatan dan Pakar berjalan lancar. 2 hari ni paramedik ok je semuanya

      Delete
  8. Alhamdulillah. Selesai tugasannya.

    ReplyDelete