Dah lama tak pergi jualan bazar macam kat Parcel E sekali bila dia orang bagitahu ada jualan kat parking lot IPD Putrajaya emm memang kita orang tak miss lah kecuali ada kerja atau kursus pada hari Jumaat.
Bila tutup pejabat pukul 12.15 tengahari apa lagi lah geng Rekod pun berbondong-bondong ke Jualan Bazar. Ikut kan hari ni dah masuk kali ke 3 aku pergi. Kalau pertama dan ke 2 waktu tu hujan gerimis jadi tangan dah penuh tak dan nak ambil gambar. Ni pun rasanya dah buat video yang pertama sekali bila tenguk eh.
Ni yang aku tak tahan nampak ikan bakar tapi beli ayam bakar lah pulak. Kalau dengan nasi RM 12 tapi aku makan ayam bakar je harganya RM10. Ok lah sedap sambalnya.
Dapat video gambar asam pedas je padahal banyak menu sebelum tu rupanya tak rekod. hampeh sungguh.
Hah ni bila dah patah balik selepas dah beli ayam bakar dengan goreng pisang. Beli air taufufah dengan cincau.
Sedap dapat sejuk nyaman bah di tekaknya
Ok lah harganya
Nasi minyak Mahkota. Nampak sedap lain kali nak cuba. Kita orang cuba satu demi satu jualannya. Macam hari pertama tu nampak laksa Johor terus beli. Kali ke dua nampak Soto terus beli. Yang lain cuba kemudian. Hari Jumaat lain kan ada.
Ni yang aku tak tahan tenguk
Nasi campur dengan menu yang mengoda
Ni yang aku tak tahan nampak ikan bakar tapi beli ayam bakar lah pulak. Kalau dengan nasi RM 12 tapi aku makan ayam bakar je harganya RM10. Ok lah sedap sambalnya.
Ada nasi kerabu laksa Kedah hah tu nanti dulu lah. Ana selalu sebut bubur nasi dia sedap dah beberapa kali dia beli. Hah tu nanti next week pulak. hehehehe



.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
Wah, bestnya ada bazar makanan. Macam² ada. 😋
ReplyDeleteNasi minyak mahkota tu kepunyaan adik kawan sekolah Cie dulu.
ReplyDelete