KURSUS PENJAGAAN KEROHANIAN PESAKIT 2025
30 Oktober 2025 | Masjid Putra, Putrajaya
Program anjuran Hospital Putrajaya ini dirasmikan oleh Dr Mohammad Khairol Anwar bin Yusop, Timbalan Pengarah Perubatan II. Kursus memberi tumpuan kepada pendekatan holistik yang menggabungkan rawatan klinikal bersama sokongan rohani dan emosi.
Para peserta dibimbing oleh YM Dr Raja Khairul Arief bin Raja Kahalid dari Unit Spiritualiti dan Kesihatan Hospital Sungai Buloh yang merupakan perintis penubuhan unit ini di hospital kerajaan. Melalui sesi perkongsian dan latihan, peserta diberi pendedahan tentang teknik mendengar secara reflektif, komunikasi berempati dan kaedah penjagaan kerohanian pesakit.
Unit Pemulihan Kerohanian terbukti berkesan membantu pesakit menghadapi tekanan emosi dengan lebih baik serta memberi kekuatan dalaman untuk terus berjuang melawan penyakit. Usaha ini menyokong matlamat Hospital Putrajaya untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang seimbang dari segi fizikal, mental dan rohani.
Slide yang dibentangkan
Staff HPJ yang terlibat
Macam-macam jenis terapi
Agaknya ini sessi bersama pesakit dengan staff bagaimana memahami emosi pesakit
Penceramah jemputan
Aktiviti yang dijalankan
Banyak ilmu baru di perolehi sebab ini ada lah kursus baru
Dr Khairul yang mewakili Pengarah merasmikan kursus
Bergambar beramai-ramai bersama penceramah dan Dr Khairul












Bagus program begini. Selain rawatan ubat-ubatan, of course emosi dan semangat pesakit juga perlu dijaga dan diberi perhatian.
ReplyDeleteSelamat berkursus.
ReplyDeleteterbaik kursus sebegini.. bukan sahaja fizikal tetapi mental pun perlu seimbang.. kekuatan emosi termasuk dalam usaha penyembuhan
ReplyDelete