Alhamdulillah, tanggal 1 November 2025 genap 25 tahun Hospital Putrajaya berdiri teguh sebagai institusi kesihatan unggul negara. Dengan tema “Hospital Putrajaya: 25 Tahun Melakar Kecemerlangan, Bersama Membina Legasi,” sambutan Jubli Perak ini mencerminkan perjalanan panjang penuh dedikasi, profesionalisme dan semangat berkhidmat dalam memberikan rawatan terbaik kepada rakyat sejak tahun 2000.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga, pesara dan bekas staf Hospital Putrajaya atas sumbangan, ketabahan serta komitmen yang membentuk kecemerlangan hari ini. Terima kasih juga kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan semua rakan strategik atas sokongan berterusan yang memungkinkan Hospital Putrajaya terus maju dalam mendepani cabaran serta memperkukuh legasi kecemerlangan untuk masa hadapan.
#HospitalPutrajaya #JubliPerakHPj #25TahunHPj #25TahunCemerlang #MembinaLegasi #KKM #WargaHPj #MalaysiaMadani
Assalamualaikum,
Alhamdulillah sudah berusia 25 tahun Hospital Putrajaya. Sebagai staff aku bangga dengan pencapaian yang telah HPJ lalui. Apa lagi di bawah pengarah Dr Suraya HPJ menjadi lebih cemerlang.
Semuga HPJ sentiasa cemerlang terbilang dan bertambah pencapaian cemerlangnya di dalam komuniti Kesihatan. Semuga semua warga HPJ sentiasa dalam perlindungan Allah SWT dalam pada memberikan perkhidmatan terbaik buat pesakit dan juga yang mendapatkan perkhidmatan kami. Aamiin

Sedar tak sedar 25 dah ye hosp putrajaya ni. Cie pernah la melawat kawan masa bujang dulu tak ingat tahun bila. Rasanya berbelas tahun dulu.
ReplyDeletelama dah tu kak 25 tahun...compare ngan hospital seremban tu banyak bezanya.ntah bila la nak ok agaknya..macam dah pack sangat kat situ dengan building lama lagi...
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga terus memberi khidmat terbaik :)
ReplyDelete