Wednesday, April 29, 2026

Cabaran Langkah Sihat Antara JKN selama 90 Hari



Assalamualaikum,

Hah orang KKM dah mula berjuang belum. Berjuang untuk 10,000 langkah setiap hari. Jenuh lah wei semua warga KKM yang mengikuti cabaran ini. 


Hadiah kemenangan dapat ePingat.



Ini adalah kategori yang terlibat.  Kita orang dibawah zon S sebab ianya mengikut jumlah staf dalam JKWP iaitu jumlah staff yang tidak ramai dibandingkan dengan zon M dan L. 


Yang kelakor ni hah poster yang dia orang up. Jadi kalau nampak orang KKM mundar-mandir jalan tu hah tengah menyahut cabaran le tu.  Ada kawan kata orang yang bekerja di hospital lah yang banyak melangkah. Setiap hari entah berapa ribu kalau ada kes yang banyak.  


Yang ni lagi  le. Aduhaiiii penangan 10,000 langkah ni opismate aku yang dah mendaftar asyik briskwalk sekitar hospital. hehehehe aku join juga tapi sebab dah lama tak buat briskwalk ni belum dapat bintang lagi. Hari pertama iaitu 27hb start dapat 4,000 step. Besoknya 6,000 step.  Semalam BDR dapat sikit lah takde beribu step pun. Tengah fikir camne lah Pn Shu cuti boleh dapat 10,000 step sehari. Dia kata walaupun kat rumah HP tu dia bawak ke sana ke sini masa buat kerja rumah. Aku tengah fikir nak buat kocek le kat kain batik tu jadi bila cuti ke depan ke belakang berjalan dah dapat banyak step. hehehehe tengah jeles kat kawan-kawan yang dah dapat bintang. Mudahan hari ni boleh dapat 1 bintang.  


 

27 comments:

  1. Pakai sling bag kak letak phone.
    Ke phone takleh detect langkah tu?
    All the best kak!

    Ibu Cuya nurse pencen, Cuya tahu la memang dia banyak gila berjalan. Orang kata kalau kira2 dah sampai Kl dah jalan kaki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah warga kkm juga. Haah nurse kerja memang berjalan sokmo apa lagi kalau wad sibuk

      Delete
  2. Tahniah kak Notie..masuk juga..Linda tak masuk, sebab tak nak jadi penyumbang kekalahan group.. hahaha..chaiyookkk kak Notie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenguk depa buat tercabar juga tapi kiter ni jenis slow berjalan. Tengah berusaha lebih keras

      Delete
  3. Cie dapat dah 4⭐️ setakat 30/4. Buat excercise tangan, berjalan setempat pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2 buat kawat setempat boleh dapat tak. Wah tahniah cie

      Delete
  4. Semoga berjaya.
    Dulu saya rajin pakai smartwatch, lama-lama kok mallleesss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha samale kiter. Rajin on tak rajin huh lantak dia

      Delete
  5. Hahahah.. paling kelakar seram yg MASTIKA tu, Kak Notie.

    https://sariyusa.blogspot.com/2026/05/tag-berantai-jom-berkenalan.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Macam2 yg timbul posternya. Wah dah sahut tag akak. Toche2

      Delete
  6. Kalau boleh link ke smart watch, senang sikit, tak perlu bawa handphone merata-rata.
    Ooo.. saya pula ternampak poster yang Public Health kongsi di FB. Antara isi poster tu, pagi-pagi lagi sudah 30 ribu langkah. Ada orang menipu, bab langkah ni. Ye la, kalau kita shake handphone pun, dia kira steps juga. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga terbaca. Tu nampak Sgt menipu. Kita org santai je.

      Delete
  7. All the best Kak Notie.
    U can do it.. caiyokkkk๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

    ReplyDelete
  8. mesti sahut cabaran tu tapi melangkah lakukan tugas pun dh berkilomter jauhnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat sis. Tapi tu lah kita org kerja hadap pc camne step nak bertambah. Tu pun member pi beli makanan kat ikn sebab nak banyak step. Huhuhu

      Delete
  9. Yeah..Kak Notie boleh...all the best kak

    ReplyDelete
  10. orang KKM boleh capai kot 10k sehari tu. banyak kesana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa beribu step sehari. Kiter ni kerja hadap pc jenuh nak tambah step.

      Delete
  11. Udah dapat bintang ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udah baru dapat 4.member dah 10 bintang. Tak pe Slow2 janji buat

      Delete
  12. Hahahah seruuu nih. Kelakar memang banner yg dibuat ๐Ÿ˜„. Memang tak mudah dpt 10k langkah. Saya kalau naik treadmill 1 jam saja baru dpt 6k. Memang harus banyak berjalan, dan kalau bisa outdoor. Kalau nak 10k langkah, saya biasa ke mall terbesar di jakarta ๐Ÿ˜‚. Confirm dapat 10k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh kalau jalan di mall memang boleh sampai 10k. Sebab ralit tenguk barang

      Delete
  13. kena pakai seluar hp letak kat poket selalu la camtu kan kak notie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Baju akak letak poket supaya dapat letak HP. Jenuh weiiii

      Delete
  14. Seronok juga tengok geng dekat hospital ini mengumpul langkah.. Ada yang dah dapat bintang ada yang gigih mengumpul.. Good luck kak..

    ReplyDelete