Assalamualaikum,
Hah orang KKM dah mula berjuang belum. Berjuang untuk 10,000 langkah setiap hari. Jenuh lah wei semua warga KKM yang mengikuti cabaran ini.
Hadiah kemenangan dapat ePingat.
Ini adalah kategori yang terlibat. Kita orang dibawah zon S sebab ianya mengikut jumlah staf dalam JKWP iaitu jumlah staff yang tidak ramai dibandingkan dengan zon M dan L.
Yang kelakor ni hah poster yang dia orang up. Jadi kalau nampak orang KKM mundar-mandir jalan tu hah tengah menyahut cabaran le tu. Ada kawan kata orang yang bekerja di hospital lah yang banyak melangkah. Setiap hari entah berapa ribu kalau ada kes yang banyak.
Yang ni lagi le. Aduhaiiii penangan 10,000 langkah ni opismate aku yang dah mendaftar asyik briskwalk sekitar hospital. hehehehe aku join juga tapi sebab dah lama tak buat briskwalk ni belum dapat bintang lagi. Hari pertama iaitu 27hb start dapat 4,000 step. Besoknya 6,000 step. Semalam BDR dapat sikit lah takde beribu step pun. Tengah fikir camne lah Pn Shu cuti boleh dapat 10,000 step sehari. Dia kata walaupun kat rumah HP tu dia bawak ke sana ke sini masa buat kerja rumah. Aku tengah fikir nak buat kocek le kat kain batik tu jadi bila cuti ke depan ke belakang berjalan dah dapat banyak step. hehehehe tengah jeles kat kawan-kawan yang dah dapat bintang. Mudahan hari ni boleh dapat 1 bintang.





Pakai sling bag kak letak phone.
ReplyDeleteKe phone takleh detect langkah tu?
All the best kak!
Ibu Cuya nurse pencen, Cuya tahu la memang dia banyak gila berjalan. Orang kata kalau kira2 dah sampai Kl dah jalan kaki!
Wah warga kkm juga. Haah nurse kerja memang berjalan sokmo apa lagi kalau wad sibuk
DeleteTahniah kak Notie..masuk juga..Linda tak masuk, sebab tak nak jadi penyumbang kekalahan group.. hahaha..chaiyookkk kak Notie...
ReplyDeleteTenguk depa buat tercabar juga tapi kiter ni jenis slow berjalan. Tengah berusaha lebih keras
DeleteCie dapat dah 4⭐️ setakat 30/4. Buat excercise tangan, berjalan setempat pun boleh.
ReplyDeleteAgak2 buat kawat setempat boleh dapat tak. Wah tahniah cie
DeleteSemoga berjaya.
ReplyDeleteDulu saya rajin pakai smartwatch, lama-lama kok mallleesss....
Hahaha samale kiter. Rajin on tak rajin huh lantak dia
DeleteHahahah.. paling kelakar seram yg MASTIKA tu, Kak Notie.
ReplyDeletehttps://sariyusa.blogspot.com/2026/05/tag-berantai-jom-berkenalan.html?m=1
Ada Macam2 yg timbul posternya. Wah dah sahut tag akak. Toche2
DeleteKalau boleh link ke smart watch, senang sikit, tak perlu bawa handphone merata-rata.
ReplyDeleteOoo.. saya pula ternampak poster yang Public Health kongsi di FB. Antara isi poster tu, pagi-pagi lagi sudah 30 ribu langkah. Ada orang menipu, bab langkah ni. Ye la, kalau kita shake handphone pun, dia kira steps juga. Huhu..
Ada juga terbaca. Tu nampak Sgt menipu. Kita org santai je.
DeleteAll the best Kak Notie.
ReplyDeleteU can do it.. caiyokkkk๐ช๐ช๐ช๐ช
Tq. Sedang berusaha gigih ni
Deletemesti sahut cabaran tu tapi melangkah lakukan tugas pun dh berkilomter jauhnya kan
ReplyDeleteKena buat sis. Tapi tu lah kita org kerja hadap pc camne step nak bertambah. Tu pun member pi beli makanan kat ikn sebab nak banyak step. Huhuhu
DeleteYeah..Kak Notie boleh...all the best kak
ReplyDeleteTq tq. Sedang berusaha ni
Deleteorang KKM boleh capai kot 10k sehari tu. banyak kesana sini
ReplyDeleteDepa beribu step sehari. Kiter ni kerja hadap pc jenuh nak tambah step.
DeleteUdah dapat bintang ke belum?
ReplyDeleteUdah baru dapat 4.member dah 10 bintang. Tak pe Slow2 janji buat
DeleteHahahah seruuu nih. Kelakar memang banner yg dibuat ๐. Memang tak mudah dpt 10k langkah. Saya kalau naik treadmill 1 jam saja baru dpt 6k. Memang harus banyak berjalan, dan kalau bisa outdoor. Kalau nak 10k langkah, saya biasa ke mall terbesar di jakarta ๐. Confirm dapat 10k
ReplyDeleteWaduh kalau jalan di mall memang boleh sampai 10k. Sebab ralit tenguk barang
Deletekena pakai seluar hp letak kat poket selalu la camtu kan kak notie?
ReplyDeleteHaah. Baju akak letak poket supaya dapat letak HP. Jenuh weiiii
DeleteSeronok juga tengok geng dekat hospital ini mengumpul langkah.. Ada yang dah dapat bintang ada yang gigih mengumpul.. Good luck kak..
ReplyDelete