Wednesday, April 29, 2026

Gotong Royong di Pejabat

 



Assalamualaikum,

Semalam masa aku BDR staff di pejabat telah buat gotong royong. Kita orang dah dapat kotak untuk diletak fail pesakit.  Jadi fail yang banyak yang sudah disusun tu akan di masukkan ke dalam kotak. Fail yang ini adalah fail tahun 2024 yang di keluarkan daripada Stor utama. Minggu depan akan ada gotong royong lagi untuk bawa kotak tersebut ke Stor Rekod Di PBBR.  


Minggu lepas masa aku BDR pun mereka dah buat gotong royong di Bilik Stor yang baru je kami perolehi. 

Sebelum


Selepas 


Ni masa minggu lepas gotong royong kat PBBR.


Jenuh kan.  Sebelum ni dah ada 3 rumah atau stor di tingkat 4 PBBR. Baru-baru ni Pn Hanum kata dapat 1 rumah lagi. Jadi kali ni rumah yang baru lah.  

29 comments:

  1. Makin bertambah rumah nya....berapa lama semua fail tu akan disimpan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada jenis dia. Kalau fail biasa 7 tahun. Manakala obst 21 tahun. Paed pula 21 tahun. Fail pesakit mental seumur hidup

      Delete
  2. banyak betul tu rekod pesakit. simpan 7 tahun ke 5 tahun?

    ReplyDelete
  3. Wahh tengok je dah letih.. hahaha

    ReplyDelete
  4. wah penuh kotak file dlm stor penat susun tu

    ReplyDelete
  5. Banyak nak diuruskan tu... Btw, rekod ni simpan brp tahun Kak Notie? After 5 yrs lupus ke camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rekod perubatan la paling susah nak lupus.. kalau mental, failnya seumur hidup..kecuali dimakan anai²..dah tak boleh buat apa...

      Delete
  6. Dekat asrama, diorang nak minta tambah..udah takde ruang nak memberi...lepas tu.,kena serang anai² tu yang tak sanggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Nak simpan pun ada prosedur tertentu. Pernah ada hospital kena banjir...kena jemur fail pesakit sebab basah. Kalau anai-anai emmm memang akhirnya di lupuskan

      Delete
  7. Fail disimpan bertahun, mesti warnanya ikut berubah kan.

    ReplyDelete
  8. Masya-Allah, kena label betul-betul la kan, kalau nak mencari. Banyak betul kotak fail pesakit. Jenuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang dah label betul-betul tapi bila mencari eh nyorok pulak. huh poning kepala cari tak jumpa

      Delete
  9. Fuhhh.. takut pulak nengok banyak² fail gitu. Bila dah biasa senang lah gamaknya nak retrieve fail pesakit. Pasti ada sistem yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Failing ikut sistem kad pengenalan dan guna warna tertentu untuk mengasingkan fail pesakit

      Delete
  10. Macam kami ada pusat file yang disewa di tempat lain..SA kurang tahu plak lokasi kat mana...rasa macam kat Bangsar..simpan untuk 7 tahun..lepas tu boleh lupus dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dokumen biasa selalunya 7 tahun je tapi kami ikut jenis kes sebab kadang patient dah besar tiba-tiba nak carik fail pesakit semasa kecil.

      Delete
  11. banyaknyaaa. kalau nak rujuk balik file ni, parahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada caranya dan kadang kena yang expert nak cari.

      Delete
  12. Aiiish saya jadi ingat masa kerja di HSBC bank. Dokumen begini kami simpan sampai 30 tahun. Baru boleh destroy. Tp store dokumen jauh dan ada departemen khusus. Cuma tetaplah staff cabang yg simpan dalam box sebelum dikirim 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank lagi lah banyak surat dan dokumen kan. Pinjaman yang bertahun tu macamana le simpan.

      Delete
  13. banyaknya..mak aih. agak-agaknya fail saya april-jun tahun 2015 ada kat situ tak ye? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fail pesakit biasa ke bersalin. Kalau bersalin ada simpan lagi.

      Delete
  14. Banyak betul.. Jenuh mengangkat dan menyusun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gotong royong ramai-ramai kurang sikit kerjanya

      Delete