Assalamualaikum,
Semalam masa aku BDR staff di pejabat telah buat gotong royong. Kita orang dah dapat kotak untuk diletak fail pesakit. Jadi fail yang banyak yang sudah disusun tu akan di masukkan ke dalam kotak. Fail yang ini adalah fail tahun 2024 yang di keluarkan daripada Stor utama. Minggu depan akan ada gotong royong lagi untuk bawa kotak tersebut ke Stor Rekod Di PBBR.
Minggu lepas masa aku BDR pun mereka dah buat gotong royong di Bilik Stor yang baru je kami perolehi.
Sebelum
Selepas
Ni masa minggu lepas gotong royong kat PBBR.
Jenuh kan. Sebelum ni dah ada 3 rumah atau stor di tingkat 4 PBBR. Baru-baru ni Pn Hanum kata dapat 1 rumah lagi. Jadi kali ni rumah yang baru lah.



Makin bertambah rumah nya....berapa lama semua fail tu akan disimpan?
ReplyDeleteBergantung kepada jenis dia. Kalau fail biasa 7 tahun. Manakala obst 21 tahun. Paed pula 21 tahun. Fail pesakit mental seumur hidup
Deletebanyak betul tu rekod pesakit. simpan 7 tahun ke 5 tahun?
ReplyDeletePaling pendek 7 tahun.
DeleteWahh tengok je dah letih.. hahaha
ReplyDeletehahahaha belum lagi di kerjakan.
Deletewah penuh kotak file dlm stor penat susun tu
ReplyDeleteGotong royong sis
DeleteBanyak nak diuruskan tu... Btw, rekod ni simpan brp tahun Kak Notie? After 5 yrs lupus ke camne?
ReplyDeleteRekod perubatan la paling susah nak lupus.. kalau mental, failnya seumur hidup..kecuali dimakan anai²..dah tak boleh buat apa...
DeleteBerul kata linda tu
DeleteDekat asrama, diorang nak minta tambah..udah takde ruang nak memberi...lepas tu.,kena serang anai² tu yang tak sanggup
ReplyDeleteTu lah. Nak simpan pun ada prosedur tertentu. Pernah ada hospital kena banjir...kena jemur fail pesakit sebab basah. Kalau anai-anai emmm memang akhirnya di lupuskan
DeleteFail disimpan bertahun, mesti warnanya ikut berubah kan.
ReplyDeleteHaah amie.
DeleteMasya-Allah, kena label betul-betul la kan, kalau nak mencari. Banyak betul kotak fail pesakit. Jenuh...
ReplyDeleteKadang dah label betul-betul tapi bila mencari eh nyorok pulak. huh poning kepala cari tak jumpa
DeleteFuhhh.. takut pulak nengok banyak² fail gitu. Bila dah biasa senang lah gamaknya nak retrieve fail pesakit. Pasti ada sistem yang bagus.
ReplyDeleteFailing ikut sistem kad pengenalan dan guna warna tertentu untuk mengasingkan fail pesakit
DeleteMacam kami ada pusat file yang disewa di tempat lain..SA kurang tahu plak lokasi kat mana...rasa macam kat Bangsar..simpan untuk 7 tahun..lepas tu boleh lupus dah...
ReplyDeleteKalau dokumen biasa selalunya 7 tahun je tapi kami ikut jenis kes sebab kadang patient dah besar tiba-tiba nak carik fail pesakit semasa kecil.
Deletebanyaknyaaa. kalau nak rujuk balik file ni, parahh
ReplyDeleteAda caranya dan kadang kena yang expert nak cari.
DeleteAiiish saya jadi ingat masa kerja di HSBC bank. Dokumen begini kami simpan sampai 30 tahun. Baru boleh destroy. Tp store dokumen jauh dan ada departemen khusus. Cuma tetaplah staff cabang yg simpan dalam box sebelum dikirim 😂
ReplyDeleteBank lagi lah banyak surat dan dokumen kan. Pinjaman yang bertahun tu macamana le simpan.
Deletebanyaknya..mak aih. agak-agaknya fail saya april-jun tahun 2015 ada kat situ tak ye? hehe
ReplyDeleteFail pesakit biasa ke bersalin. Kalau bersalin ada simpan lagi.
DeleteBanyak betul.. Jenuh mengangkat dan menyusun..
ReplyDeleteGotong royong ramai-ramai kurang sikit kerjanya
Delete