Sunday, June 28, 2026

Hadiah meneka jumlah burung di Blog Cikgu Etuza

 


Hadiah Cikgu Etuza bagi.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur balik kerja Hari Jumaat yang lalu tiba-tiba dapat parcel yang bukan aku order. Sekali bukak.....wah dapat beg baru. Baru teringat Cikgu Etuza ada whatsapp aku hadiah dalam perjalanan.

Sebenarnya aku menang meneka burung diatas atap rumah cikgu tapi yang bestnya aku satu-satunya yang menang jawab betul. Boleh jenguk rumah cikgu Etuza di mana pemenang unggul meneka bilangan burung.

Mula-mula tu aku kira memang nampak ada 9 ekor tapi lepas tu terfikir macam ada satu tanda hitam kat belah kanan tu jadi aku kata hah cuba jawab 10 ekor. Mesti ada yang kabur dalam pemerhatian kita. Sekali rupanya betul lah jawapan aku. Yabeda bedu.  

Terima kasih cikgu Etuza diatas hadiah yang di terima. Semuga perjalanan hidup cikgu Allah permudahkan dan Allah limpahkan rezeki melimpah ruah buat cikgu. Aamiin

Uolls semua boleh jenguk rumah Cikgu Etuza ya. Macam-macam ada kat rumah Cikgu Etuza daripada Sabah geng kuat dengan Cikgu Amie.    

1 comment: