Tuesday, July 21, 2026

Lagu kenangan yang mengimbau kenangan lalu

 

Assalamualaikum 

Bila Cikgu mim dengar lagu westlife ingat crush dia aku ada beberapa lagu yang bila dengar teringat sewaktu dahulu. 

Masa tu gaduh dengan ex tunang dan akhirnya putus tiber lagu Mega keluar iaitu tajuknya Pasti. Masa tu penyanyi dia bukan rahmat tapi penyanyi asal kumpulan mega sebelum tukar kepada rahmat mega. Aku lebih suka penyanyi asal daripada penyanyi penganti selepas tu sebab suara dia lebih gemersik dan membuai rasa. 

Ada lagi satu lagu sheqal. Tajuk zapin rindu rinduan kut. Lupa nama tajuk lagu. Tapi bila terdengar flashback citer sedih tersebut. Memori Lane sungguh. Sebab tu suka tenguk drama Abang Bomba I love You sebab ex tunang kerja Bomba. Opssss melankolia sungguh aku. 



Lepas tu masa kursus Bina Negara crush pada abang MI pegawai kastam diraja dari Jb. Yang best sebab frekuensi yang sama. Maksud aku abang tu suka aku dan aku crush kat dia... Opss. Biasakle anak muda tapi akhirnya dia bagi lagu Hajat nyanyian Haida. Bila dengar ayat dalam lagu tersebut aku pun sedar diri jangan nak jadi penyondol dalam rumah tangga orang. Tapi memori berkursus satu kumpulan di Pantai Batu Layar Kota Tinggi sentiasa mengamit rasa. 

Masa ada fb aku skodeng Fb abang Mi sebab dalam list fren aku ada senior yang kerja kastam. Nampak komen dia kat situ. Sekali tenguk gambar dia ada anak kecik lagi walhal rasa macam dah pencen. Awet muda sungguh abang Mi. Isteri dia pun comel. Buat businesses kedai makan kat Perak. Lupa tempat dia. Mana tahu sesat ke Perak terjumpa abang Mi. Semuga business dia berjaya dan bahagia bersama famili. 




LAYANNNNNN


9 comments:

  1. Lagu lama sangat dah ni. Mengulit kenangan sangat tu.

    ReplyDelete
  2. Wah Akk dah siap assignment ye hehe...
    Sy suka lagu Mega Takdir & Waktu tu :)

    ReplyDelete
  3. Kak Notie... Noti sungguh la bab teringat nostalgia cinta zaman silam ni. Semua lagu2 yg Kak Notie sebut kita hafal dan terus rasa berdebar² ni kenapa??? Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha lagu memori Lane sampai bila pun dok teringat. Apa lagi kalau ianya melankolik. Ni baru sikit je citer. Ada banyak crush zaman sekolah hahaha

      Delete
  4. Saya pun ada lagu2 yg menggamit memory...=D

    ReplyDelete
  5. linda tak boleh la buat assignment ni.. hahaha.. hati tak kuaddd...

    ReplyDelete