Assalamualaikum,
Masuk rumah mulan nampak dia buat slot anniversary yg ke 20. Wah udah lama tu. Aku baru 17 walhal sebenarnya dah lama tapi guna multiply. Multiply tutup tanpa sempat tarik keluar cerita ke tempat lain. Nangis bucu katil ko bila ianya lenyap dari ruang angkasa Internet. Huhuhu
Bila macam ni eh banyak pulak idea dlm kepala otak nak bercerita. OK standby action
Part 1 - masa zaman sekolah
Blog ni umpama satu diari online dalam kehidupan. Kita catat apa yg berlaku suka duka tawa gembira dan macam2 kita boleh buat dalamnya. Aku rasa ianya start zaman sekolah sebab aku suka catit dlm diari. Mana yang aku teringat dan juga tempat meluahkan rasa samada kejadian yg berlaku atau jumpa crush yg kita minat (contoh le).
Pernah berlaku diari aku di baca oleh adik lelaki aku, lepas tu dia kutuk dan gelak kan aku. Lek eleeee kena marah mak pun tulis dalam diari. Hish geram sungguh aku dgn adik lelaki aku. Rasa nak katok2 je tapi adik sendiri. Sejak itu aku nyorokkan diari tersebut jangan sampai org baca luahan hati aku. Tapi bila sesekali terbelek teringat nostalgia lama apa lagi peristiwa di pdg hoki high school muar. Crush dgn abg hoki jersi no 7 Sek St Andrew. Masa tu kat tepi longkang kering tepi padang sek high school geng hoki SMSAB memberi sokongan kpd team Sek St Andrew masa lawan team hoki Kelab Muar yg terer.
Yg paling syiok lepas tu kami terjumpa di pintu gate Stadium Muar lepas tgk event apa aku dah lupa. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Tapi aku kena cepat sebab geng hostel dah jauh tinggalkan aku. Tapi sempat le toleh belakang tenguk dia, macam dia tercari2 aku. Maknanya i suka u and u suka i. Ala zaman sekolah kan banyak je terfeeling kat boy sekolah lain.Lagi pun sekolah aku sekolah budak perempuan jadi bila sesekali terlepas kandang campur dengan sekolah lain tiba-tiba terjatuh suka pulak. hehehhe Akhirnya ia tinggal dalam lipatan kenangan aku. Apa lagi catit dlm diari. Hari ini dlm sejarah gitu. Tak pernah jumpa lagi dan tak tahu nama sapa. Hanya jersi no 7. Rupa pun dah lupa.
Part 2 - zaman mula bekerja
Lepas habis SPM semuanya geng hostel dan kawan sekolah bertebaran di muka bumi. Ada yg pi oversea ada yg masuk itm (skrg UiTM) ada yg masuk maktab perguruan. Aku je yg mula kerja di hosp segamat pada penghujung tahun 80an.
Masa tu hp tak ada tapi talipon Telekom atau Booth talipon tepi jalan ada tapi kos mahal lah sikit . Jadi surat adalah penghubung aku dgn kawan2. Ada alamat terus on. Jadi aku rajin menulis surat bercerita hal ehwal aku di segt. Pergh kadang berkajang aku tulis sampai 5 or 6 ms kalau byk cerita le. Kadang sambung hari lain. Aini dan Masniah kawan hostel yang aku ingat selalu berutus surat. Tapi akhirnya terputus hubungan bila mereka dah habis pengajian di maktab. Masniah je aku jumpa sebab dia kahwin dengan orang Segamat dan mengajar di Labis. Hingga lah kami berjumpa semula di Fb tahun 2010. Rasanya balik dari kerja sambil belajar di UK baru aku daftar Fb. Rupanya ramai kawan sekolah cari aku di FB. Norkh cerita dia terbaca tulisan aku dalam blog Multiply dan menangis sebab aku tulis kenangan semasa di hostel. Junior aku Mas Abrizah pun cerita dia terbaca tulisan aku. Ini aku dapat tahu bila dah berjumpa di Fb. Tapi tu lah kenangan yang aku tulis tu , aku tak sempat copy dan buat kat tempat lain.
Part 3 - zaman penghijrahan ke kota
Aku naik pangkat dari PT Rekod biasa naik ke AMRO dan kena berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1999. Opis IDS masa tu kat tingkat 10 Bangunan Perkim Jalan Ipoh. Daripada kerja di hospital biasa naik ke ibu pejabat KKM. Masa tu zaman Internet baru bermula. Kerja aku di IP KKM mengumpulkan data Kesihatan dari 1 Malaysia dan menggunakan komputer untuk membuat kerja. Ingat tak chat dlm talian yg femes dulu Mirc ke apa. Lupa dah nickname group dlm chat tersebut. Kg. Com ke lupa lah. Tapi asl pleasss tu femes bila pertama kali chat iaitu age, sex dan lokasi.
Masa tu bila ada free masa layari Internet cari cerita yg menarik. Terjumpa lah blog drive salah satunya.
Aku mula membaca blog drive penulis Anis Radha yg masa tu belajar di Jepun. Setiap hari sebelum bekerja pi blog anis nak baca nukilan cerita antara Kadok dan Kashah. Yang aku teringat ada sekali tu tulisan anis sedih sebab Kadok accident dan koma dan Kashah bersedih. Ada background lagu Nasier Wahab tapi tak ingat tajuk dia. Melodi dia melankolia sungguh sampaikan aku menangis bila baca coretan cerita Anis tu. Nasib baik partition jauh dari orang lain cepat2 kesat airmata. hehehe. Akhirnya setelah mengikut sekian lama terbit lah novel Releven kah aku Di hati mu aka R.a.d.h.a keluaran Jemari Seni .
Lepas tu jumpa penulis Noor Suraya dengan blog rumah kecil tiang 1000. Masa tu kak su duduk Kedah dan mengajar di Penang. Dalam blog Kak Su lah berkenalan dengan ramai peminat kak su malahan akhirnya jadi geng ulat buku. Merata tau peminat Kak su. Ada dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Dalam blog kak su ada shoutbox komen. Kita orang berbalas message dalam tu sampai jadi geng walaupun masa tu tak kenal sapa. Usik mengusik bergurau senda di dlm blog nyanyian tanjung sepi yg kak su create lain.
Dalam blog lah silaturahim kami terjalin bila kak su terbit kan novel NTS under Creative Enterprise. Creative ni dulu femes novel dia tapi sekarang macam dah tutup je syarikat penerbitan dia. Masa kat perkim belakang opis tu PWTC aka WTCKL. Bila pesta buku hari2 aku pi time lunch. Masa tu penerbitan buku yang femes Creative Enterprise. Alaf 21 baru nak naik. Bila kak su kata nak launch buku NTS kat pesta buku apa lagi semua pakat nak datang nak beli dan dapatkan tandatangan Kak su. Ada tema purple gitu.
Masa ni baru kenal blogger Ryn dan blogger Kak mon dari Brunei. Mereka berdua adik beradik dan baik serta humble walaupun rumah mereka di Brunei rumah gadang ko. Besar. Pernah ikut Kak Su pi Brunei masa pesta buku di Brunei dan tidur rumah Ryn. Bilik anak dara dia si Umairah tu jadi bilik kami tidur beramai2 hari last. Bayangkan 5 orang tidur atas lantai macam dok hostel gitu. Bentang toto le. Masa anak buah aku dapat orang Brunei dan masa nak pi meminang aku bawa rombongan meminang pi singgah rumah kak mon yang macam Rumah bagaikan fairy tale konsepnya. Kenal Yah, Wan Amalyn , Wabbit , Lia dan geng ulat buku yg lain yang asalnya sebagai blogger berjumpa dan berkawan sehingga sekarang. Begitu lama ukhwah kami terjalin walaupun sekarang dah jarang jumpa. Minat yang sama membaca novel akhirnya merapatkan kami dalam blogger asalnya dan di realisasikan secara realiti.
Part 4 - bermula sebagai blogger
Bila multiply dah tutup aku pun macam nak buka blog juga tapi blog drive tu macam susah nak daftar. Nampak blogspot ok dan ada email Gmail terus terjadi lah permulaan aku sebagai blogger masa tengah jadi urusetia kat kelantan. Tengah boring godeh-godeh laptop terdaftar blogspot.
Blog drive tutup dan ramai beralih arah kepada medsos lain seperti FB dan Istigram. Sekarang lagi lah macam2 threads lah tik tok lah. Dan ramai blogger yang lama dah tutup kedai. Selepas tu jumpa di pesta buku atau pi launch novel kaki novel. Sambil duduk bersembang dengar penulis bercerita sambil tunggu nak sign penulis. Kaki novel dulu tempat kita org berjumpa Di Avenue K bawah tu ada Burger King rasanya. Bila tokeh Kaki novel Encik Rizal maklumkan buku baru nak terbit apa lagi geng kita orang dan peminat penulis yang launch tu datang. Masa ni lah kami dapat berjumpa bersembang dan sebagainya.
Sekarang aku menjalinkan ukhwah dengan generasi baru pulak. Yang lebih kreatif dan lebih berdaya maju. Eh macam icon kerja lah pulak. Apa le ayat aku. Generasi baru lagi tip top penulisannya. Ada idea fresh dan kadang banyak maklumat boleh di perolehi bila membaca blog mereka.
Alhamdulillah berkat menjadi blogger aku dapat kenalan dan kawan baik yg sama suka baca dulu lah sekarang ni melambak novel tak di baca sebab tarikan hp dan medsos lagi kuat. Ada blogger yang aku dah jumpa secara tidak sengaja iaitu Blogger Yan semasa meeting di langkawi dan Blogger Dayah aka DJ semasa audit luaran Eksa di pejabat aku di IPKKM dulu.
Apa pun semuanya itu tinggal kenangan manis bersama blog. Semuga ukhwah kita berterusan. Aamiin
Perghhh panjang berjela aku bercerita dah jadi macam Karangan bahasa malaysia pulaknya. Ya lah kan nak ambik exam SPM kan bulan depan.
Terima kasih lah mulan sebab membuat N3 mengapa saya ada blog. Di harap Mulan suka lah membaca coretan aku sambil mengimbau kenangan lalu Kuala Lumpur. eh

No comments:
Post a Comment