Wednesday, December 23, 2020

Delhi Kashmir 2019 -Perjalanan hari pertama



Assalamualaikum,

Alhamdulillah akhirnya percutian Geng Ulat buku di bawah kelolaan Kak su aka penulis Noor Suraya dapat di realisasikan. Sebenarnya semasa di ajak untuk join trip ni pada akhir bulan Disember 2018 ada seramai 20 orang yang nak pergi. Yang bestnya sebab 3 negara yang akan bergabung berjalan berwisata bersama-sama. Malaysia , Brunei dan Indonesia.  Brunei sudah semestinya , kenalan blog sejak zaman blog meriah tahun 2005 dahulu iaitu Kak mon dan Ryn adiknya.  Daripada zaman blog bertemu wajah semasa pesta buku dan akhirnya silaturahim itu berterusan sehingga hari ini. Kenalan dari Indonesia pula peminat kaksu juga penulis buku Nurul dan suaminya.

Sunday, December 20, 2020

Sejarah Muar = Tangga Batu



Assalamualaikum,

hah masih lagi cerita tentang sejarah Muar. kali ni pulak tentang tangga batu. Tangga batu ni masih lagi wujud ya.   


Ni masa zaman feri masih lagi ada. Pengangkutan untuk ke seberang sungai.


Gambaran pelukis mengenai Tangga Batu


Bila tenguk feri ni teringat feri Pulau Pinang tapi feri Pulau Pinang lagi besar.

Kalau ikut cerita kakak-kakak aku yang dah dewasa masa tu kami pernah menaiki sampan untuk ke seberang sungai tapi masa tu kat pekan Panchor menuju ke pekan gersik. Yang membuat kakak aku teringat sebab kami hampir sahaja lemas jika pemandu sampan tidak pandai menjaga sampannya. Mana taknya masuk je sampan kami terus ke hujung beramai-ramai, bila sampan berkolek ke kiri kami beramai-ramai ke kiri, apa lagi lah kelam kabut pemandu sampan tu menyuruh kami duduk diam-diam supaya pemandu sampan dapat mengimbangkan kedudukan sampannya.  Air separas je dengan sampan. Bayangkan le kalau terbalik......Allahuakbar.  Masa tu kami kecil lagi. Jadi tak ada dalam ingatan naik sampan macam cerita melayu dulu-dulu. 

Sekarang dah ada jambatan malahan kat area Panchor pun dah ada jambatan juga supaya memudahkan penduduk area gersik boleh pergi ke Pagoh tanpa melalui jalan ke bandar yang jauh sebelum sampai ke Pagoh.  Kita orang kalau ke gersik lalu Panchor je tak payah lalu jauh dari bandar ke pekan Gersik. Kat Gersik ada saudara-mara belah aruah mak aku. Dan tinggal satu-satunya bapa saudara iaitu Paman yasir di Kampung Tiong Gersik. Sejak aruah mak meninggal bila time raya kami akan beramai-ramai ke gersik menziarahi bapa saudara kami.  


Ok jom kita baca cerita sejarah muar dolu-dolu.


 TANGGA BATU

Mungkin bagi sesetengah generasi sekarang, nama Tangga Batu kedengaran agak asing bagi mereka. Tetapi bagi generasi veteran, mereka tentu masih lagi dapat mengingati di mana lokasi Tangga Batu tersebut.
Satu ketika dahulu Tangga Batu merupakan pangkalan atau terminal yang sibuk bagi aktiviti pengangkutan air di Daerah Muar di mana di lokasi itulah perkhidmatan feri atau lebih dikenali sebagai Syarikat Feri Penambang Muar & Batu Pahat beroperasi.
Dari segi sejarah, Tangga Batu merupakan tempat berlabuh kapal Almarhum Sultan Abu Bakar setiap kali baginda datang ke Muar.
Di Tangga Batu jugalah diadakan upacara menanam azimat bagi pembukaan rasmi Bandar Muar pada 12 Ogos 1887 dan diberikan gelaran Bandar Maharani bermaksud Bandar Isteri Maharaja oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Kemudian, pada sekitar tahun 1890, sekumpulan penduduk dari Tanjug Gading datang mengadap Almarhum Sultan Abu Bakar bagi meminta kebenaran menjalankan perkhidmatan feri atau Penambang dari Tanjung Agas ke Bandar Maharani. Bermula dari tarikh itu sehinggalah pada tahun 1967, Tangga Batu telah dijadikan lokasi bagi pangkalan atau terminal perkhidmatan Penambang yang dikenali sebagai Jeti Penambang.
Kemudian pada tahun 1895, Almarhum Sultan Abu Bakar telah berkenan mengadakan sambutan Hari Kerajaan yang pertama di luar Johor Bahru dan terakhir bagi baginda sebelum mangkat.
Baginda telah berangat tiba di Muar pada 16 Februari 1895 melalui Tangga Batu dan diberikan sambutan diraja sebelum berangkat ke Balai Kuning (bangunan Mahkamah Muar lama) untuk majlis rasmi seterusnya.
Pada 16 April 1967 dengan pembukaan rasmi Jambatan Sultan Ismail oleh Almarhum Sultan Ismail, maka perkhidmatan Penambang juga telah ditamatkan.
Sejak dari tarikh itu, Tangga Batu semakin dilupakan dan hanya menjadi persinggahan kaki pancing dan nelayan tempatan. Dengan terbinanya Terminal Bas dan Teksi Bandar Maharani di kawasan tersebut, maka Tangga Batu semakin terpinggir dan tiada lagi kedengaran suara-suara riuh rendah orang ramai semasa menunggu bot penambang. Kini hanya kedengaran bunyi enjin bas dan kereta sewa yang membingitkan di belakang Tangga Batu.
Sumber : Muzium Muar
288 others

Thursday, December 17, 2020

Jamuan perpisahan dan sambutan birthday november

  Assalamualaikum,

Acara makan-makan bertandang lagi. hehehe. Ni sebenornya jamuan bulan lepas. Meraikan seorang staff yang dapat kenaikan pangkat dan terpaksa berpindah keluar. Ala pindah pun tak jauh je masih lagi dalam ibu pejabat. Selang blok je. Sambil tu sambut birthday bulan November sekali.

Thursday, December 3, 2020

Sejarah Muar = Sungai Muar





Assalamualaikum,

Asyik cerita makan je kan sesekali kena letak cerita sejarah lah pulak.  " huwaaa ngantuk lah pulak"  hah kalau kata cerita sejarah je semuanya ngantuk kan. hehehe Padahal cerita sejarah adalah cerita fakta yang kadang-kadang kita kena tahu juga asal usul kita. So sekali lagi aku gembur dalam FB anak muar hah adalah pulak cerita tentang sungai Muar dimana asal kejadiannya adalah muara sungai dan seterusnya di namakan muar.  

Ok jom kita menyelusuri sungai muar. eh ada cruise tau kat Tanjung Mas menyelusuri Sungai Muar. Tapi aku pun pun belum naik lagi aiyak...... apa da.... Orang luar dah naik,  orang muar sendiri belum naik....huhuhu buat malu kaum je lah. Insya Allah nanti aku naik lah cruise Sungai Muar tu.  Ni sebenornya dah rindu nak balik kampung tapi Lembah Kelang masih lagi dalam tahanan  PKPB ...... huwaa......nak balik kampung nak balik kampung nak balik kampung juga. Rindu oooo kat kampung

Tuesday, December 1, 2020

Makan di House Of Kambing Di Maeps

 



Assalamualaikum,

Ni cerita entah bulan berapa lupa pulak den. Masa nak lunch hour tiba-tiba tu Doktor Hafiz ajak makan kambing. Dia nak belanja. Staf masa tu tak ramai , ada yang bekerja di rumah manakala kami yang kat pejabat ni melilau le nak makan apa. Tiba-tiba bila Doktor Hafiz ajak makan puh pucuk di cita ulam mendatang gitu. Jadi kami berlima pun guna kereta Yat sebab kereta dia boleh keluar dari parking. Yang lain kalau dah keluar huhu jenuhlah nak dapat parking kat area Parcel E tu. Jadi kalau dapat port parking yang sesuai bila time lunch memang tak keluar le sanggup tumpang kereta kawan kalau nak keluar makan.