Wednesday, January 4, 2023

Donut Viral di putrajaya

 

Assalamualaikum,

Kat putrajaya parcel E  ni ada macam-macam jualan produk iks. Bagus jualan ni sebab dapat membantu  peniaga kecil-kecilan meniaga dan bagus pada kami sebab banyak pilihan makanan. Kadang macam-macam ado. Ko nak apa. Tudung macam-macam jenis. Seluar kecik pun ado ye. Makanan western ado, pantai timur ado, selera siam pun ado.  Kebab dari turki pun ado eh bukan resepi dia je. Dulu memang ori sebab makcik tu kahwin dengan orang turki. Suami dia yang turki tu yang tolong bungkuskan kebab. Tapi lepas PKP tenguk dah orang lain. Kebab dia pun dah kureng sedap daripada dulu.  

Kalau kat opis aku ni setiap isnin kat coridor pejalan kaki di E2. Setiap hari Rabu pulak kat area corridor cafe di E 7 dan E 6 serta di E2. Hari Jumaat pula coridor cafe E7 dan E6. Malahan kalau hari Jumaat aku suka sebab ada juga jualan dari kampung macam pisang tanduk, ubi keledek hah macam-macam le. Kalau hari jumaat boleh beli untuk masakan hari minggu. Buah-buahan pun ado. Kalau musim buah perghhhh. Kalau durian ado pun ado yang jual. Semerbak bau durian wanginya. Kalau beli tak boleh bawak masuk pejabat sebab orang semua tahu kita beli durian walaupun dah tutup dengan plastik. Tak boleh bawak bincang sungguh le kalau beli durian.  

Di antara banyak-banyak jenis makanan terdapat donut Viral. Mula-mula aku tak paham apasal panjang benor barisan orang menunggu nak beli. Rupanya nak beli donut. Kita orang perasan mula-mula penjual donut tu biasa-biasa je jualannya takde le baris panjang. Sekali dia buat macam-macam jenis donut hah tu dia berderet-deret orang nak beli. Kiranya bila dia tukar strategi je tu dia bersusun orang beratur.  

Tenguk le gambar atas tu... berderet dari atas tangga.....orang beratur.


Ni geng aku sedang berbaris nak beli donut.


Ni tak tau apa namanya


Yang ni parutan chesse. sedap aku dah rasa 




Ni macam coklat cornflakes








Yang ni mashmalow kiut....warna warni gitu

Ni macam kuaci

Ada lebih dari 10 jenis. Sebiji harga Rm 2.50. Memang sedap dan lembut rasanya.  


ooooo nama glemernya *DONUT PETRONAS VIRAL* yg dijual di jualan puspanita kementerian.




Yang ni pulak tengah beratur kat coridor E2. Setiap hari Isnin punya jualan.

Sebenarnya kat area putrajaya ni banyak je jualan IKS. Cuma kena tahu lah hari ni kat mana, hari esok kat mana. Jadi sesiapa yang tersesat kat area putrajaya tu kalau tengahari ternampak banyak gerai pacak macam tu hah pi le terjah. Macam-macam ado sampaikan kadang rambang mata nak makan apa.  

Kalau area menghala ke PICC lagi besar.....nasi ambeng, nasi kandar, nasi dagang, nasi kerabu hah macam-macam le. 

Tuesday, January 3, 2023

Keraton Mbah Anang di Kampung Parit Bugis Muar

 




Jom kenali seni bina masyarakat Jawa di Daerah Muar, Johor

Jika anda berkunjung ke Daerah Muar, jangan lupa untuk luangkan masa melawat Keraton Mbah Anang yang ada di Kampung Parit Bugis, Muar, Johor.
'Keraton' memberi maksud 'istana Jawa' yang menampilkan seni bina gabungan elemen dua (2) suku kaum, Rumah 'Jawa' di Kampung Parit 'Bugis'. Dengan keunikkan rumah Keraton Mbah Anang yang dilihat dari inspirasi reka bentuk dan falsafah seni bina budaya Jawa melalui ukiran-ukiran kayu cukup seni dan cantik.
Selain keunikan 'Keraton' yang ada di Kampung Parit Bugis, anda juga boleh mencuba untuk bermalam di rumah homestay untuk merasai pengalaman menarik dan mendekati cara kehidupan masyarakat di sini.
Kredit : Tourism Johor


Ukiran dia antik sungguh


Aku teringin nak ketuk gong kat dinding tu. Yang depan tu kena pandai ketuk. Nanti kuar lagu lain.


Tenguk lah tu lantai papan dia berkilat ko. Banyak peralatan muzik dan gambar-gambar lama menghiasi dinding


Ukiran yang sungguh kelasik


Menakutkan pulak tenguk ni


Kukuh sungguh senibina rumah ini. Dalam tradisional ada juga elemen moden.


Bila baca bait-bait ni rasa macam nyanyi lagu puisi je. Sapa ye penyanyi tersebut. Macam terdengar di telinga alunan lagu tersebut. Bila aku search penyanyi zubir Ali rupanya yang nyanyi.
Rupanya DOA merupakan sebuah puisi hasil karya chairil anwar.

Assalamualaikum,

Laaaa bila aku baca ni dalam fb....kat muo ada warisan jawa. aduhaiiiiii yang aku pi jauh-jauh kat indonesia tu apa hal. Yang ni hah dalam kawasan muar lagi tapi aku pun tak tahu. Adeyyy

Ni lah kata pepatah gajah depan mata tak nampak kuman nun kat seberang boleh pulak nampak.... .hah sapa pernah dengar perumpamaan ni.

Rupanya masih banyak tempat menarik di muar yang aku belum jelajahi. Mana taknya kalau cuti je balik kampung tapi aku bukannya merayau-rayau tenguk kawasan macam Yb melawat kawasan gitu.

Aku seronok balik kampung dan mereput je kat rumah pusaka keluarga berkumpul ramai-ramai, bersihkan keliling rumah sambil berborak dengan kakak dan adik beradik. Rasanya lagi best sampaikan kadang tak cukup masa berbual. Masak sama-sama, bersihkan keliling kawasan sama-sama, bersihkan kebun sama-sama. Rasa seronok sangat kumpul adik beradik sampaikan apa terjadi kat bando muo aku pun tak tahu. hehehe

Rasanya banyak lagi kawasan muar yang aku kena jelajahi lah nampak gayanya. Sekarang lagi lah macam-macam. emm kena cari kena terjah le nampaknya.

Monday, January 2, 2023

Selamat tinggal 2022 dan selamat datang 2023

 


Assalamualaikum,

Dah masuk tahun 2023. Alhamdulillah syukur Allah masih beri aku nafas untuk hidup di dunia ini. Semuga tahun baru kali ini Allah limpahkan rezeki kesihatan dan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Limpahkan rezeki, mewahkan rezeki agar dapat terbang zoom pi ober sea lagi macam dolu-dolu. Aamiin

Rupanya boleh ketagih juga ye kalau tak pi obersea ni. Almaklumle walaupun tabung gajah aku kecik je dalam setahun mesti pi chop kad merah tu. Jadi bila pandemik melanda emm memang sampai habis hayat dia aku tak chop kad merah tu. Tapi kaki ni meronta-ronta nak chop kad merah. Bila tenguk tabung emmm tahan perasaaan je lah ye.

Tahun lepas boyfren aku asyik le sakit asyik le masuk sepital. Kena cari boyfren baru ni. Carik boyfren dari china tu hah tu  dia ko berderet-deret orang dok usha. emm tak boleh jadi ni. Lepas tu ada orang nasihatkan aku jangan carik boyfren dari china tu susah bila sakit dan belum tentu ubatnya cepat dapat. Hah last-last kita cari boyfren dari Jepun lah. Tapi kosnya emmmm memang kena ikat perut ni. Jadi tu yang tahun lepas passport aku tak renew-renew lagi. Kena buat tabung gajah. Kali ni tabung dinousor pulak bagi lagi besar.

Apa pun semuga tahun yang mendatang perjalanan hidup aku Allah permudahkan baik kesihatan, baik rezeki, baik kehidupan, juga di temukan dengan orang yang baik-baik sepanjang perjalanan kehidupan aku. Aamiin. Doa ku juga buat semua yang membaca coretan ku ini. eh skemanya ayat. hehehehehe


  Ps.... kalendar ni sapa-sapa nak, ambil lah. Bagus ni. Siap dengan cuti sekolah, cuti kelepasan. Tinggal letak tarikh gaji je bila dapat. hehehehe. Mudahan Tahun ni Allah mewahkan rezeki melimpah ruah. Aamiin.

Sunday, December 18, 2022

Punten makanan jawa

 


Assalamuaalaikum,

Minggu lepas waktu datang kerja lalu lah cafe. Jadi sambil lalu tu tenguk lah apa yang ada di jual. Selalunya kalau beli sarapan tapau je dan makan kat pejabat.

Tiba-tiba mata aku ternampak sesuatu makanan yang aku tak pernah makan. Alolo apa le anak wong jowo ni......punten pun tak pernah makan. Jadi aku ambil le sepaket ni. Ada 3 ketul dengan sambalnya harga Rm 3.50.  

Aku tanya taukeh cafe Hj jelani......wah ada makanan jawa ni Hj. Dia kata ada orang yang hantar suruh jual. Tu lah ni baru pertama kali nampak ni kat cafe. 



Jadi pagi tu aku sarapan punten

Punten adalah antara makanan orang jawa yang terkenal di kawasan Sabak Bernam. Ia merupakan makanan yang dimakan sewaktu sarapan pagi. Punten ini seperti nasi himpit je rupanya, tetapi rasanya lain. Punten ini lebih sedap dan berlemak kerana dimasukkan santan.

Kredit kat google

Bila aku search kat google rupanya femes kat sabak bernam. Aku tak pernah makan sebab arwah mak aku tak pernah buat dan ajar anaknya makan. Tu yang aku tak pernah rasa. Lepas tu kena ada sambal cili api ,,,,,,perghhh sedap tu.

Jadi pagi tu aku sarapan punten. Cecah dengan sambal hijau. Kalau sambal cili api arwah mak aku pernah ajar. Buat sambal tu lepas tu cecah dengan ubi kayu rebus. 

Pedas tapi eh tambah lagi sambil colek dengan sambal cili api tu. Layan dengan kopi panas-panas. erkkkkk sodap. Lepas tu tersandar kekonyangan. eh.... ni musim hujan ni sedapnya cecah ubi rebus dengan sambal cili api . eh aku citer apa ni. Tadi bukan pasal punten ke dah menjajau ke ubi godok lah pulak. haishhh

Punten tu rasa santannya tidak berapa sangat. Macam nasi himpit tapi bukan sebab bentuknya. Apa pun dah tua bangka baru ko kata makan pertama kali punten makanan jawa........alahaiiiiii aku ni kan jawa muo bukan sabak bernam. Tu pasal tak tahu. 


Monday, December 12, 2022

Upacara serah tugas Mantan Menteri kepada Menteri baru

 

                       Majlis penyerahan tugas antara Mantan Menteri dengan menteri yang baru


 KJ ucap selamat maju jaya pada Zaliha

Ahli Parlimen Sekijang Zaliha Mustafa hari ini menerima nota serah tugas daripada pendahulunya Khairy Jamaluddin untuk menerajui Kementerian Kesihatan.

Doktor kesihatan keluarga berusia 58 tahun itu menggantikan Khairy yang memulakan perkhidmatannya pada Ogos 2021.
Zaliha merupakan wanita pertama yang menerajui kementerian berkenaan. 
Dalam upacara simbolik penyerahan tugas di Putrajaya hari ini, Khairy mengucapkan selamat maju jaya kepada penggantinya.
Ketika menerajui kementerian itu, Khairy antara lain dikenali dengan usaha seperti menyelaraskan program vaksinasi Covid-19 negara, cadangan rang undang-undang generasi penamat (GEG), dan mendorong untuk kajian lanjut mengenai penggunaan ganja perubatan.
Bercakap kepada pemberita Khairy menyatakan harapannya untuk melihat cadangan rang undang-undang GEG dan pelan tindakan penjagaan kesihatan akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.
Dia menambah bahawa kertas putih penjagaan kesihatan telah dibangkitkan dalam perbincangan dengan menteri.
“Ini penting untuk reformasi sistem penjagaan kesihatan dalam jangka panjang. Kertas putih ini bukan kerja saya tetapi kerja pakar yang terlibat dalam sesi pengantaraan (untuk dasar),” katanya.
Dia menambah, tanpa pembaharuan kepada sistem itu, negara akan kekurangan sumber untuk menguruskan beban penyakit berjangkit pada tahun-tahun akan datang.
Kredit Malaysiakini