Thursday, September 7, 2023

Kemeriahan di Perasmian Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

 


Video ni yang tukang lawak tu merupakan junior sekolah aku. Wati de clown. Femes juga sebab jarang terdapat pelawak  wanita di Malaysia ni. Dah 7 tahun rupanya berkecimpung dalam bidang tersebut. Tahniah Wati. 


Assalamualaikum,

Member-member kat pejabat lama up le gambar dalam Whatsup group aktiviti yang mereka jalani pagi ni. Aku yang tenguk alahaiiii kalau kat sana lagi boleh join hip hop cardio dan macam-macam lagi. Jadi aku pun letak le gambar-gambar yang mereka share bersama.


Kat pentas utama.... tenguk orang ramai seronok pulak. Kalau masih warga Ibu pejabat mesti join pagi ni. 


Ramai ramai berhip hop cardio

        Matron siew dan sister pun join sama. Pagi-pagi lagi dah daftar nama. Seronok tenguk depa. 



Dah gaya pemanah international je Matron. 


Dr nafisah dah lain rupanya.

Ada macam-macam acara. 



Wednesday, September 6, 2023

HIP HOP CARDIO SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA 2023



Assalamualaikum,

 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menjemput semua untuk menyertai HIP HOP CARDIO yang akan diadakan pada 8 SEPTEMBER 2023 (JUMAAT) bersempena Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan Dan Pelepasan Kembara Sekolah 2023.

Ayuh sama-sama memeriahkan acara ini. Daftar dan hebahkan kepada orang ramai. Pelbagai hadiah menarik menanti anda. Untuk pendaftaran, lengkapkan google form di link berikut:  https://forms.gle/SG1ej1hAqiZcrpgw9

Jumpa anda di sana!

Pelancaran Kebangsaan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera

 


Assalamualaikum,

Haiiii sejak bukan warga IPKKM ni banyak pulak le event kat opis lama apa lagi tempat aku park sebelum ni kat tengah bulatan tu dah jadi port cantik punya event. Kali ni selepas pelancaran bulan Kemerdekaan bulan 8 hari tu dan bila masuk bulan 9 kempen sihat sejahtera lah pulak.
Kali ni berkolaberasi dengan warga Kementerian Pendidikan. Almaklumkan kami berjiran. jadi boleh le buat bersama-sama.

Kalau tenguk pada aturcara hah macam-macam ni. Sapa yang berdekatan dengan Parcel E tu hah boleh le terjah. Macam-macam ado. Aku je yang tidak ado. huhuhuhu tenguk dari jauh je lah kawan-kawan update cerita.


Hah tenguk lah betapa meriahnya pelancaran peringkat kebangsaan ko. Hah apa lagi jom jom jom jom heboh heboh. eh 

  




Wednesday, August 30, 2023

Posing di Lobi Utama KKM

                                                        

Assalamualaikum,

Masa last kat opis lama hari jumaat tu sebelum balik sempat le kita orang posing kat lobi E7. Deko bulan kemerdekaan kat lobi tu cantik. Siap ada jambatan di tengah-tengahnya. Hah ni kita orang posing macam model gitu. Takut nak naik atasnya sebab dia macam tak kukuh sangat apa lagi semua model berdiri atasnya. hehehe Takut runtuh. 


                                            Lepas tu bunga-bunga menghiasi jalan ke lif. Cantik


Kat bahagian luar pun cantik lukisannya


Bersama Dd


Sebelah kanan tu kaunter khidmat Pelanggan. Bhg dalam lif 

                                               Bersama Matron Siew dan Anne


Berselfie ramai-ramai. Orang lalu lalang pun buat dek aje. hehehehe


Kawasan keliling lobi tu cantik sangat dekonya sampaikan tak tau nak posing kat mana. 


Sesuai lah kan dengan warna bunga-bungaan yang sedang mekar diatas tu.

Salam Merdeka semua.

Selamat Hari Kebangsaan dan Semuga Malaysia aman damai selalu. Aamiin

Selamat hari jadi juga buat mereka yang menyambut hari kelahiran sama dengan tarikh kemerdekaan kita. 




Tuesday, August 29, 2023

Markah Eksa IPKKM

 



Assalamualaikum,

Ingat tak aku citer pasal audit Eksa dalaman dan luaran sebelum ni. Hah kalau audit dalaman memang cerewet tapi opis lama aku aduhaiiiii sedih sebut opis lama. Kena move on ni kalau tak asyik teringat-ingat pejabat lama yang penuh aktiviti dan memori. Opis lama aku dapat markah tinggi.

Kemudian audit luaran pula. Audit eksa yang di komen dan tak betul. Kali ni bila merangkumi semua bahagian di Perancangan yeh kami dapat markah tinggi. Kerja kuat semua bahagian inilah hasilnya. 

Nanti aku akan rindu momen-momen eksa di pejabat lama. Mana taknya asyik kena audit tiap-tiap tahun sampai dah bosan semuanya.  hehehehe 

Kat HPJ ni banyak audit. Audit koding lah audit KPI lah audit casemix lah. Seminggu aku kerja join audit koding IKN. Dah lama tak buat koding jenuh juga nak buka buku ICD 10 yang tebal tu. Nasib baik team ramai membantu. Minggu ke 2 pulak dah ada audit HPIA. Dah le aku orang baru. Yang di audit tu pulak nanti akan menjadi tanggungjawab aku. Hush berdebor-debor rasanya.  Nasib baik boss baru aku dengan Hana yang dah expert walaupun baru juga bertugas di HPJ. Jadi semuanya dapat menjawab soalan. Akhirnya HPIA Rekod lulus. Yeh

Akan datang tak tahu apa lagi audit yang aku kena harungi.