Thursday, January 28, 2021

Delhi Kashmir 2019 Hari Ke 3 Naik tuk tuk dan Lunch di Gulmarg

 



Assalamualaikum,

Dah puas main saljikan dan akhirnya kami sampai ke pangkal jalan. hehehe Tenguk atas ni salji dah mula nak cair. Airnya deras mengalir. Tapi sebenarnya salji tu masih tebal lagi tau. 


Keluar dari pintu gate....eh ada bas lah pulak boleh lalu. Tadi tak bagi bas kami berhenti depan pintu pagar ke tempat gondola terletak. Tapi kesian juga tenguk jalan dia. Kalau lah dibuat cantik-cantik jalan raya dia kan bagus. Memudahkan pelancung dan orang ramai datang. Tempat pun nampak cantik. Sayangkan apa nak buat tiada peruntukan. Padahal tempat lubuk emas bagi pengusaha pelancungan sebab kalau ke kashmir mesti di bawa ke sini. 


Suasana persekitaran 


Hah tenguk tu , mana-mana tempat pelancungan semuanya dikenakan bayaran. Habis tu bayaran tu untuk siapa. Kalau ianya untuk mencantikkan lagi kawasan pelancungan tak pe lah juga. Ni cam tu lah juga. hish sayang sungguh. Opsss melalutlah pulak aku. Macam lah kat malaysia tu terjaga sangat. huhuhu.



Tu dia kat malaysia banjir nampak bumbung. Kat kashmir banjir salji pun nampak bumbung. aiyakkk


Tiba-tiba lalu tuk-tuk. Si Tora pun menahan lah tuk tuk tersebut. sebab ada warga emas seorang. Mak su ti naik dan seat ada kosong lagi satu. Apa lagi laju je aku naik. menumpang mak su Ti. hehehe 
Padahal teringin nak naik tuk-tuk ni. Lepas tu bayangkan le si samseng entah dari mana mengejar aku. Yeh Berdesup sana-sini tuk-tuk tersebut berlari. Eh imaginasi aku teruk bebenor. Apa da..... ni teringat cerita hindustan le. Si Shah Rukh Khan melarikan diri daripada polis yang mengejar......haruk sungguh aku ni. 


Kami berdua. Mak su Ti dan Aku. Seat hanya untuk berdua je. 


Harga tambang dalam 100 rupee iaiatu Rm3. Murah je. Tapi pengalaman sungguh berharga. hahahaha

Bestnya. Sambil tuk tuk berjalan mata sambil melihat orang lain yang berjalan kaki di sepanjang perjalanan sehingga kami sampai di sebuah hotel.


Sepanjang perjalanan kami.....salji memutih di sana sini.






Akhirnya kami sampai di Hotel Gulmarg Sahara. Hah tenguk tu tebalnya salji entah berapa meter ketinggiannya. 


Kami masuk ke dalam ni untuk lunch. entah apa si Ryn bertanyakan pada Mr Abdul.


Dah sejuk bila tenguk makanan panas-panas.....alahaiiiiiii sedapnya.


Capati pun ado tu hah


Si Arjun Rampal sendukkan nasi atas pinggan kami. hahahahaha arjun rampal lah sangat weiii


Ni makanan tengahari kami. kari ke kari kuah dal ke kuah dal sapede semua. Yummy


Cantikkan pokok tu. Keindahan di bumi gulmarg


Selesai makan kita orang bergambar beramai-ramai bersama si Tora datang lagi. 

     Ni lah si Tora datang lagi. hahahaha sebenornya nama dia mula dari T tapi semua ahli rombongan lupa nama dia yang sebenar. Jadi aku lah yang letak nama dia si Tora datang lagi macam iklan keropok Tora tu. hahahaha

Si Tora ikut kami menuruni pergunungan sehingga sampai ke tempat di mana kami menyewa kasut bot sebelum ni. Dia kumpul semua kasut bot sewaan kami dan mengucapkan terima kasih. Ada umur jumpa lagi... tu aku yang cakap. ahahaha


Pemandangan semasa mula menuruni pergunungan. Sungguh indah alam sekeliling. Banjaran pergunungan yang ada berlapis lapis. 


Sesekali mengerikan juga bila melihat gaung di sebelah. huhuhu 

Bila dah lama bas berjalan kami semua mula lah terlelap. Penat kan main luncur salji dengan berjalan lagi.


Terjaga bila tenguk alam sekeliling dah menghijau




Emporium pun ado ko. hehehehe


Bas berhenti kat satu bangunan. Tapi aku lupa nak ambil gambar dari luar. Dok ngantuk baru bangun tidur jadi macam mamai sikit. Kita orang tumpang solat kat bilik atas. Aku ni jenis relax je lepak dulu bila member dah solat baru nak solat. Hah jadi orang yang last lah. Yang lain rupanya terus pi shopping.

Bila turun ja hah tu dia masing-masing dah kirai kain.  Kain dia lembut-lembut dan licin. Corak ada yang cantik juga. Aku rembat 4 helai. Harga semua dalam 4,100 rupee. Lepas tu naik ke tingkat 2 rupanya ada jual beg handmade. Cantik-cantik tapi tak banyak yang serupa. Mak Su ti sudah berkenan dengan satu beg. Lepas tu si Ryn pun berkenan juga tapi sebab Mak su Ti dah bayar hah melepasle Ryn. Bila dah kenan tu cepat-cepat le rembat nanti mata putih je . hahahaha  Kelakor juga tenguk masing-masing punya berebut-rebut. Bila berkenan orang tu dah pegang bila kenan tang tu orang lain lah pulak dah rembat. Akhirnya takdak le beli beg.  Beg yang di jual macam tak banyak choice. 

Bila dah shopping emmm terus lupa nak ambil gambar. Sempat snap sekeping ni je. Lepas tu bila dah berebut beg terus lupa sebab tak dapat yang berkenan di hati orang lain sudah kebas. hahahaha



Macam ada pasar malam je. Ramai je peniaga dan pembeli.







Ok kita sambung lagi. 









8 comments:

  1. Beza betul antara salji dan alam sekeliling nan menghijau. Itulah yang bestnya di Kashmir. Boleh tengok hijau-hijau, boleh main salji di Gulmarg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu amie dah masuk musim bunga tapi masih ada salji lagi di pergunungan. Kiranya datang 2 dalam 1 gitu. Haiiii rindu kashmir ler...huhuhuhu

      Delete
  2. sedapnya..lunch panas2, dalam suasana dingin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap je apa lagi baru main salji. Dapat makanan panas-panas emmm memang menambah le.

      Delete
  3. Shopping sakan ye. Saya baru nak cakap kak notie naik tuk tuk tu macam filem hindustan,akak dah cakap dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baru sampai Delhi pun dah teringin nak naik tuk tuk tu sekali ada peluang emmm memang terus lah naik. Lepas tu teringat cerita hindustan....hahahaha memang lagi syiok le naik. hehehe

      Delete
  4. Nampak kotor sebenarnya salji tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah salji tu tunggu nak cair je tapi sebab tebal sangat

      Delete